HIBURAN
Abby Abadi dimasukkan ke hospital selepas konsert Elite, disahkan hidap influenza

Abby Abadi (foto) dimasukkan ke hospital selepas konsert Elite Live 25 di KLCC dan disahkan menghidap influenza dengan suhu badan mencecah 40 darjah Celsius. -Foto Instagram Abby Abadi
PENYANYI dan pelakon terkenal, Abby Abadi, dimasukkan ke hospital sejurus selesai menjayakan konsert Elite Live ’25 yang berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) malam Sabtu lalu, selepas mengalami demam panas yang disahkan sebagai jangkitan influenza.
Ringkasan AI
- Abby Abadi dimasukkan ke hospital selepas konsert Elite Live 25 di KLCC dan disahkan menghidap influenza dengan suhu badan mencecah 40 darjah Celsius.
- Abby mula berasa tidak sihat sejak sesi latihan sehari sebelum konsert tetapi tetap meneruskan persembahan demi peminat dan rakan artis.
- Abby kini sedang menerima rawatan dan dinasihatkan berehat sepenuhnya, dengan sokongan doa daripada rakan selebriti dan peminat.
"Esoknya tu, pagi sebelum konsert, ada rehearsal lagi, badan dah rasa lain dah, 'kayuh' juga untuk menjayakan Konsert walaupun dah sakit tekak, selesema masa itu,” tulisnya.
Abby turut memohon maaf kepada anggota kumpulan Elite, X Factor serta para peminat yang hadir menyaksikan konsert tersebut, sambil menyatakan bahawa dia yakin ada hikmah di sebalik ujian kesihatan yang dialaminya.
“Habis konsert, terus serah diri ke hospital… tinggi ye panas saya, 40 (darjah Celcius). Ambil darah semua. Rupanya Influenza. Berehatlah sekejap Abby Abadi ye,” katanya.
Konsert Elite Live ’25 menandakan kemunculan semula kumpulan wanita popular era 90-an itu yang dianggotai oleh Abby, Linda Rafar, Azza Zawari, Shasha Saidin dan Watie Sadali.
Lebih 2,500 peminat hadir menyaksikan persembahan penuh nostalgia tersebut.
Abby kini sedang menerima rawatan dan dinasihatkan untuk berehat sepenuhnya.
Rakan selebriti dan peminat turut menitipkan doa agar Abby segera sembuh dan kembali aktif dalam dunia seni.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami