KUALA LUMPUR: Filem animasi nombor satu negara, Mechamato Movie melakar sejarah sebagai filem animasi tempatan pertama menembusi layar perak Jepun dan akan mula ditayangkan di lebih 30 pawagam di negara itu mulai 19 Jan ini.
Filem tersebut yang merupakan animasi karya MONSTA dan Astro Shaw, telah mengutip RM36 juta sewaktu penayangannya pada 2022.
Menerusi satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif MONSTA Nizam Abd Razak berkata tayangan perdana telah diadakan di sebuah pawagam di Tokyo semalam yang dihadiri barisan pelakon suara, media, peminat dari Jepun dan rakan strategik MONSTA.
Beliau berkata rata-rata penonton memberi reaksi yang positif dan lebih membanggakan penggiat animasi di sana turut memuji hasil kualiti filem Mechamato Movie.
"Kami menerima banyak reaksi yang mengujakan daripada penonton pada tayangan perdana di Jepun ini. Mereka tidak sangka Malaysia mampu menghasilkan animasi bertaraf antarabangsa dengan jalan cerita yang mampu 'melekatkan' anak-anak mereka di kerusi selama 116 minit.
"Kami juga akan membawa masuk versi alih suara Jepun ini ke Malaysia kerana kami yakin peminat Mechamato pasti tidak mahu terlepas peluang menonton versi ini pula," katanya semasa acara Tayangan Perdana Mechamato Movie di AEON Chofu, Tokyo semalam.
Menurut Nizam MONSTA menerima nasihat dan bantuan rakan strategik di Jepun untuk mendapatkan pelakon suara atau 'seiyuu' yang terkenal bagi Mechamato Movie seperti Ayumu Murase sebagai Amato, Yoshitsugu Matsuoka sebagai MechaBot dan Kenjiro Tsuda sebagai Jeneral Grakakus.
"Kami dapati gaya pemasaran di Jepun amat berbeza. Pelakon suara mereka mempunyai barisan peminat dan daya tarikan tersendiri. Kami harap usaha ini dapat menarik minat warga Jepun untuk menonton filem kebanggaan Malaysia ini dan berkongsi pengalaman mereka pula," katanya.
Malah, lagu tema Mechamato Movie yang berjudul 'Temaniku' nyanyian artis tempatan Yonnyboii turut dinyanyikan semula dalam bahasa Jepun oleh penyanyi RUKA dari Jepun dan diberikan tajuk 'Tomodachi', bersesuaian dengan pemasaran di luar Malaysia.
Sebelum ini, siri Mechamato musim pertama dan kedua merupakan karya pertama dari Malaysia yang berjaya ditayangkan di televisyen nasional Jepun menerusi saluran TOKYO MX.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 15 2024
Filem tersebut yang merupakan animasi karya MONSTA dan Astro Shaw, telah mengutip RM36 juta sewaktu penayangannya pada 2022. - Gambar Instagram Mechamato
Kes Zulfarhan: 12 bekas penuntut UPNM berdepan kesan sepanjang hayat
Bekas penuntut UPNM yang menyebabkan kecederaan terhadap Allahyarham Zulfarhan tujuh tahun lalu, memberitahu Mahkamah Rayuan mereka menerima kesan kejadian sepanjang hayat.
Pantau Agenda Reformasi: Pokok Tumbang: Langkah yang sewajarnya dilakukan?
Insiden pokok tumbang kini sering kedengaran di berita-berita setempat ketika cuaca buruk.
Apakah langkah yang perlu diambil pada masa hadapan bagi menguruskan situasi ini supaya tidak menjejaskan landskap satu-satu kawasan.
Kita bersama Profesor Madya LAr Dr. Nor Atiah Ismail, Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) bagi kupasan dan perinciannya.
Apakah langkah yang perlu diambil pada masa hadapan bagi menguruskan situasi ini supaya tidak menjejaskan landskap satu-satu kawasan.
Kita bersama Profesor Madya LAr Dr. Nor Atiah Ismail, Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) bagi kupasan dan perinciannya.
Hampir 2,000 kanak-kanak terbunuh, cedera dalam perang Ukraine - Unicef
Hampir 2,000 kanak-kanak di Ukraine terbunuh atau cedera sejak peningkatan perang lebih dua tahun lepas, kata Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) hari ini.
Tiga remaja tidak pulang rumah selepas keluar ke kelas silat
Tiga remaja dikenali sebagai Valensia Mail, 15; Roxanne Abbygail Richard, 13, dan Christivy Holyen Hamdy, 13, dilaporkan keluar dari rumah mereka di Kampung Kaingaran pada jam 7.30 pagi.
Pelajar antarabangsa tingkatkan permintaan dalam pasaran kediaman - Juwai IQI
Pelajar antarabangsa meningkatkan permintaan untuk hartanah sewa di bandar yang mempunyai institusi pendidikan yang besar terutamanya Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
Demi langsai hutang, wanita menyamar jadi 'ibu' daftar kad pengenalan jiran
Seorang peniaga wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan memberikan maklumat palsu bagi mendaftarkan kad pengenalan dua lelaki yang juga jirannya tahun lepas.
MAIPs, tiga lagi gagal dapat kebenaran merayu, anak Loh kekal beragama Hindu
MAIPs dan tiga yang lain gagal mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan penukaran agama tiga anak ibu tunggal.
Duta AS lihat potensi kerjasama dengan Sarawak dalam pembangunan tenaga bersih
Kagan berkata kerjasama baharu boleh diteroka memandangkan Sarawak telah bergerak ke hadapan terutama dalam pembangunan hidrogen sebagai tenaga bersih.
Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau rentas sembilan negeri di Semenanjung
Jelajah ini bertujuan mempromosikan Kempen Penghijauan Malaysia dengan aktiviti penanaman pokok oleh peserta kayuhan hijau.
Kes denggi menurun - KP Kesihatan
Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan dalam minggu tersebut.
Animasi tempatan Mechamato Movie tembusi layar perak Jepun
Filem animasi nombor satu negara, Mechamato Movie melakar sejarah sebagai filem animasi tempatan pertama menembusi layar perak Jepun.
Rakyat diharap terus beri sokongan kepada industri filem tempatan - Fahmi
Beliau berkata Mechamato Movie merupakan antara filem animasi yang mampu mencuit setiap hati penonton.
Malaysia berbangga! Mechamato Movie kutip RM5 juta dalam masa 3 hari
Mechamato Movie berjaya meraih kutipan sebanyak RM5 juta hanya dalam tempoh tiga hari tayangan.