awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Ayuh! Bina semula dunia kita' - Mesej harapan BTS berkumandang di PBB

Astro Awani
Astro Awani
25/09/2020
01:24 MYT
'Ayuh! Bina semula dunia kita' - Mesej harapan BTS berkumandang di PBB
Dalam video berkenaan, ahli kumpulan itu berkongsi pandangan mereka tentang penularan wabak COVID-19 dan turut mendorong peminat sentiasa kuat dan positif. -Foto Youtube
KUMPULAN K-pop sensasi Korea Selatan BTS menyampaikan "mesej harapan" dalam satu video pra-rakaman yang disiarkan oleh Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) pada Khamis.
Ia sebagai sebahagian daripada acara Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) ke-75.
Dalam video berkenaan, ahli kumpulan itu berkongsi pandangan mereka tentang penularan wabak COVID-19 dan turut mendorong peminat agar sentiasa tabah dan berfikiran positif.
“COVID-19 sememangnya di luar imaginasi saya.
"Konsert jelajah dunia kami terpaksa dibatalkan. Segala rancangan saya hilang begitu sahaja dan saya rasa keseorangan.
“Kini, mari kita ingat siapa kita sebenarnya dan hadapinya. Kita mesti sayangi diri sendiri dan ingatlah BTS akan sentiasa berada di samping anda.
"Ayuh! Kita bina semula dunia kita,” kata ketua kumpulan BTS, RM dalam bahasa Inggeris dan juga Korea.
Dalam perkembangan lain, BTS baru-baru ini menjadi kumpulan K-pop pertama yang memecahkan rekod no.1 di carta US Billboard Hot 100 singles menerusi lagu single berbahasa Inggeris pertama mereka, "Dynamite" dengan 300,000 penjualan pada minggu pertama.
Ia sekali gus merupakan penjualan single secara digital tertinggi dalam tempoh tiga tahun.
Topic Berkaitan
#BTS
#K-pop
#Kanak-kanak
#konsert
#Korea
#Korea Selatan
#Korea Utara
#koronavirus
#perhimpunan
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan