awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Datuk Farid Kamil didakwa lagi...

Sinar Harian
Sinar Harian
09/03/2018
04:22 MYT
Datuk Farid Kamil didakwa lagi...
Kesalahan itu dilakukan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail, jam 5.54 petang pada 31 Januari lalu. - Foto fail Bernama
Selepas menghadapi lima pertuduhan, pelakon dan pengarah terkenal Datuk Farid Kamil Zahari sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas tuduhan membuat laporan polis palsu kononnya tiga rakan artis meletakkan dadah ke dalam minumannya.
Farid Kamil, 37 tahun, bagaimana pun mengaku tidak bersalah.
Berdasarkan pertuduhan, beliau didakwa mereka keterangan palsu bersabit laporan polis dengan memasukkan maklumat palsu dan tidak benar yang mana laporan itu boleh digunakan dalam prosiding jenayah dan diambil pertimbangan oleh pegawai polis berkenaan.
Kesalahan itu dilakukan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail, jam 5.54 petang pada 31 Januari lalu.
Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Keat Mee mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, suami kepada pelakon Diana Danielle itu berdepan dengan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda.
Majistret Salamiah Salleh membenarkan jaminan RM2,500 dengan seorang penjamin.
Mahkamah menetapkan 7 Mei untuk sebutan semula kes.
Topic Berkaitan
#Diana Danielle
#Farid Kamil
#Mahkamah Majistret Petaling Jaya
#Mary Phoon Keat Mee
#palsu
#Pertuduhan
#polis
#Timbalan Pendakwa Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan