SEJAK 10 tahun lalu, Twitter dan K-POP menjadi gandingan terhebat dengan #KPopTwitter adalah salah satu perbualan global terbesar di Twitter.

Meskipun COVID-19 melanda global terdapat 6.1 bilion Tweets berkaitan K-Pop dalam tempoh 12 bulan terakhir ini.

Kini dengan lebih dari 300 Topik K-Pop (berdasarkan nama artis) yang dapat diikuti di Twitter, peminat di seluruh dunia dapat melihat Tweet terbaik dan dengan mudah menyertai perbualan global mengenai artis kegemaran mereka.

Untuk meraikan kejayaan #KPopTwitter selama 10 tahun, Twitter telah bekerjasama dengan K-Pop Radar mendedahkan data K-Pop di 20 pasaran untuk menunjukkan bagaimana komuniti K-Pop global yang bersemangat berkongsi kisah dengan artis kegemaran mereka di seluruh dunia.

#KpopTwitter 2020 - Top 10 artis K-Pop paling disebut di Malaysia

Ketua Perkongsian K-Pop Global di Twitter, YeonJeong Kim dalam pada itu mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peminat atas sokongan mereka sepanjang 10 tahun perkembangan K-Pop.

"Apa yang dapat kami katakan adalah terima kasih kerana menonton dan mengambil bahagian dalam perkembangan K-Pop selama 10 tahun ini.

Apabila artis K-Pop ingin menjangkau khalayak global, mereka hanya ke Twitter untuk berhubung dengan peminat mereka yang berminat untuk menjadi yang pertama melihat dan bercakap mengenai apa yang sedang berlaku.

Peminat K-Pop ini ramai yang masih muda dan berada di seluruh dunia, beramai-ramai ke Twitter untuk menyertai perbualan #KPopTwitter untuk merasa terhubung dengan komuniti peminat global," ujarmya.


#KpopTwitter 2020 - Top 10 lagu K-Pop paling disebut di Malaysia


Sehubungan itu, Twitter menganjurkan siaran langsung eksklusif "Decade #KPopTwitter" di Blueroom Twitter yang menghimpunkan beberapa perintis K-Pop seperti Sunmi, Wonder Girls, bintang global seperti Kihyun dan Hyungwon, MONSTA X serta Bang Chan dan Stray Kids dalam format rancangan bual bicara bagi membincangkan 10 tahun K-Pop dan Twitter.

Peminat K-Pop boleh mengemukakan soalan menggunakan hashtag #AskKpopTwitter dan menyertai siaran langsung di @TwitterLive atau @TwitterKorea bermula jam 11 pagi waktu tempatan pada 22 September 2020.