SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Jumaat lalu mengeluarkan perintah hak penjagaan sementara dua anak pelakon, Farid Kamil yang berusia 10 dan lapan tahun kepada isterinya, Diana Danielle.
Peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Diana Danielle atau nama penuh Diana Danielle Danny Beeson, 32, berkata, keputusan berkenaan dibuat selepas pelakon "Imaginur" ini membuat permohonan hadanah pada 23 Mac lepas.
“Pada sebutan kes hari ini, kita telah menyerahkan perintah yang diberi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam berhubung perkara itu.
“Walaupun Diana Danielle dapat hak jagaan sementara, tiada halangan untuk Farid berjumpa dengan anak-anaknya," katanya.
Sementara itu, Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari, 42, berkata, hampir 23 hari dia tidak dapat bertemu dua anaknya itu.
Pelakon "Lagenda Budak Setan" ini berkata, keretakan rumah tangganya berpunca daripada ‘pihak ketiga’ namun enggan mendedahkan isu berkenaan dengan lebih terperinci.
“Boleh tanya pada Diana, sebab ikutkan saya, nak tegakkan hak sebagai suami kerana rumah tangga telah diganggu, rasa sangat tidak adil diperlakukan sebegini.
“Saya memujuknya di mahkamah, cuba sedaya upaya atas kesalahan yang tidak munasabah tapi saya dimaklumkan bahawa ada pihak ketiga yang menyokongnya daripada belakang,” katanya.
Dia yang juga pelakon filem "Anwar, The Untold Story" berkata, kecurangan berjaya dihidu pada tahun lalu , namun setelah dia menuntut jawapan, Diana Danielle telah memfailkan perceraian.
Sementara itu, Diana Danielle berkata, tuduhan yang dilemparkan suaminya berhubung isu orang ketiga, adalah fitnah.
“Bayangkan cincin yang dia nak bagi tadi, dia dah hilangkan selama lapan tahun, tapi baru hari ini nak beri semula.
“Kalau saya curang, kenapa bawa bunga dan nak beri cincin itu,” soal Diana Danielle.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Akberdin berkata, dakwaan Farid adalah alasan semata-mata.
"Perkara itu tidak pernah dibangkitkan, selepas fail ini, baru semua benda ini keluar, biarlah mahkamah yang buat keputusan," katanya.
Pada 20 Mac lalu, Sinar Harian melaporkan, Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, yang juga pelakon, Farid, awal bulan ini.
Pelakon filem Imaginur itu membuat permohonan cerai atas alasan, tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan.
Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai tersebut.
Difahamkan pasangan itu tidak lagi tinggal serumah.
Pasangan itu telah berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Aurora, 8. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Mar 28 2023

Mahkamah Tinggi Syariah pada Jumaat lalu mengeluarkan perintah hak penjagaan sementara dua anak pelakon, Farid Kamil (kiri) yang berusia 10 dan lapan tahun kepada isterinya, Diana Danielle (kanan). -Foto Sinar Harian

Monaco sedia jalin lebih banyak kerjasama dengan Malaysia
Monaco bersedia untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam lebih banyak bidang yang boleh memanfaatkan kedua-dua negara pada masa akan datang.

GPS, Abang Johari main peranan penting pastikan kestabilan Kerajaan Perpaduan - Anwar
Anwar berkata sokongan itu membolehkan beliau mengemudi Malaysia ke arah memperkasa ekonomi dan melakar kemajuan masa depan negara.

Tiada persefahaman, curang antara punca utama penceraian di Malaysia - LPPKN
Tiada persefahaman, pasangan curang dan campur tangan mentua antara punca utama berlaku penceraian dalam kalangan pasangan berusia antara 35 hingga 39 tahun di negara ini.

Teknologi AI bantu atasi kekurangan pakar keselamatan siber - Fahmi
Teknologi kecerdasan buatan (AI) boleh diguna pakai untuk membantu mengurangkan kebergantungan kepada tenaga pakar dalam bidang keselamatan siber buat masa ini.

Gajah liar serang kebun di empat kampung Pos Belatim
Beberapa pekebun membabitkan empat perkampungan Orang Asli di Pos Belatim mendakwa berdepan beberapa siri serangan gajah liar yang menceroboh dan memakan hasil tanaman mereka.
![[KEMAS KINI] Runtuhan gudang: Tiga maut, dua parah, empat masih tertimbus [KEMAS KINI] Runtuhan gudang: Tiga maut, dua parah, empat masih tertimbus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41701204479_RuntuhanGudang.jpg)
[KEMAS KINI] Runtuhan gudang: Tiga maut, dua parah, empat masih tertimbus
Sembilan pekerja lain kesemuanya warga Bangladesh terselamat kerana keluar menunaikan solat semasa kejadian berlaku.

Tingkatkan pemantauan kanak-kanak terhadap bahaya alam siber - Dr Wan Azizah
Dr Wan Azizah berkata pada zaman siber kini, kanak-kanak akan sentiasa terdedah kepada bahaya alam siber walaupun mereka tidak keluar dari rumah atau keluar malam.

Sarawak mahu jadi rantaian bekalan global ekonomi Islam
Sarawak berhasrat menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global ekonomi Islam.

Hanya pemain 16 tahun ke atas ditempatkan di ABM bermula tahun depan
Bagaimanapun, kumpulan pemain berusia 14 hingga 15 tahun ketika ini akan kekal di ABM.

Malaysia Airports catat lebih 10 juta pergerakan penumpang pada Oktober 2023
Angka pada Oktober telah mencecah lebih 87 peratus daripada paras sebelum pandemik untuk sektor antarabangsa dan domestik.

Fadzil temani Farid ketika rumah tangga bergolak
"Saya tahu jika dia (Farid) berseorangan ketika berdepan dengan masalah rumah tangga, saya takut dia akan buat benda merepek."

Farid Kamil dedah bagaimana rasa cinta kembali berputik dengan Diana Danielle
Pasangan selebriti tersebut telah rujuk semula pada 31 Ogos 2023.

Farid, Diana sudah lebih 20 hari rujuk semula
"Perkahwinan saya dapat diselamatkan dengan izin Allah. Pengalaman lalu telah mematangkan kami." - Farid Kamil

'Anak-anak doa agar kami tetap satu keluarga' - Diana Danielle ulas isu rujuk dengan Farid Kamil
Menurut Diana, dia sebolehnya mahu menyimpan hal yang baik untuk diri sendiri namun terharu selepas menerima pelbagai reaksi positif ramai apabila videonya bersama Farid tular di media sosial.

Ada 'kerabat' dampingi Diana Danielle? Ini komen empunya badan
Diana berkata, dia seboleh-bolehnya tidak mahu memanjangkan soal itu dan mahu fokus pada kerjaya dan anak-anaknya.

Diana Danielle jawab dakwaan ubah wajah
Diana Danielle memilih untuk tidak memberi sebarang justifikasi berhubung dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dia mengubah hidung.

'Saya sentiasa diburu scammer...' - Diana Danielle
Diana Danielle berkata, pernah pada suatu masa beliau dan pihak pengurusannya hampir terjerat dengan perangkap scammer.

Diana Danielle dedah wajah teman yang tangannya dipegang ketika iddah
Diana, 32, menjawab spekulasi mengenai foto yang dikongsi di Instagram baru-baru ini.

'Tak rasa nak rujuk, tak mahu nak pujuk' - Farid Kamil reda, mula kehidupan baharu
Malah Farid berserah pada jodoh jika dia bertemu dengan pengganti suri hidupnya kelak.

'Harap mereka selamat' - Farid Kamil reda serah anak kepada Diana Danielle
Farid mengharapkan dua cahaya matanya Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8, sentiasa berada di bawah perlindungan dan peliharaan Allah SWT.