awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filem Pulau catat sejarah di Kemboja

Sinar Harian
Sinar Harian
26/07/2023
05:57 MYT
Filem Pulau catat sejarah di Kemboja
Selain daripada tayangan di panggung wayang, Pulau juga dipilih untuk Festival Filem Antarabangsa Kemboja 2023 dan menjadi satu-satunya wakil dari Malaysia. - Sinar Harian
FILEM Pulau mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi filem seram Malaysia nombor satu di Kemboja apabila berjaya meraih kutipan lebih RM700,000 sejak ditayangkan di negara itu pada 22 Jun lalu.
WebTVAsia, syarikat terkemuka dalam ekonomi pencipta Asia dan studio kandungan premium dengan kerjasama Westec Media iaitu pengedar filem terbesar di Kemboja mengumumkan filem tersebut juga memegang rekod untuk pembukaan paling besar pada hari pertama, hujung minggu pembukaan, minggu kedua dan minggu ketiga bagi filem Malaysia di Kemboja.
Selain daripada tayangan di panggung wayang, Pulau juga dipilih untuk Festival Filem Antarabangsa Kemboja 2023 dan menjadi satu-satunya wakil dari Malaysia.
Filem seram lakonan Amelia Handerson, Alif Satar dan Ikmal Amry itu turut ditayangkan di Vietnam (juga menjadi filem Malaysia dengan keuntungan tertinggi sepanjang masa), Indonesia, Singapura dan Brunei.
Memanfaatkan kejayaan Pulau di Kemboja, WebTVAsia dan Westec Media menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk membangunkan rangkaian pengkarya digital bersijil YouTube pertama di Kemboja di bawah payung MCN WebTVAsia.
Kerjasama WebTVAsia-Westec Media menandakan era baharu peneraju hiburan Malaysia di Kemboja dan rantau ini. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#filem Pulau
#Kemboja
#filem seram
#Amelia Handerson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan