awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filem terbaharu Spider-Man kembali ke Marvel Universe

Agensi
Agensi
30/06/2017
04:42 MYT
Filem terbaharu Spider-Man kembali ke Marvel Universe
Spider-Man: Homecoming bakal ditayang di pawagam Eropah pada 5 Julai, manakala di Amerika Syarikat pada 7 Julai.
Para peminat sebelum ini tidak sabar apabila mendapat khabar bahawa bintang-bintang Spider-Man: Homecoming akhirnya menyertai siri filem Marvel Cinematic Universe, yang selama ini mendominasi carta box office.
Pelakon British, Tom Holland, yang membawakan watak adiwira dengan kuasa luar biasa daripada labah-labah itu, hadir dalam sebuah acara tayangan perdana.
Beliau disertai pelakon dengan kostum penuh Spider-Man, yang membuat aksi lompatan jungkir balik dari bonet kereta di hadapan khalayak ramai.
"Saya sedar akan tanggungjawab untuk menjadi teladan kepada kanak-kanak di mana sahaja," ujar Holland.
Menurutnya, ungkapan popular dari filem tersebut - "with great power comes great responsibility" (kuasa yang hebat, perlu disertai tanggungjawab yang besar) - sangat berkait rapat dengan dirinya.
Filem tersebut adalah kali pertama Spider-Man, salah satu daripada watak popular Marvel yang dimiliki Disney, menjadi peranan utama dalam set filem Marvel Cinematic Universe.
Presiden Marvel Studios, Kevin Feige, ialah orang yang bertanggungjawab mengetengahkan Spider-Man ke dalam Disney.
"Sekarang buat kali pertama kita memiliki Spider-Man dalam Marvel Universe iaitu di mana ia patut berada.
"Saya masih tidak percaya. Saya tidak sangka kita akan buat tayangan perdana malam ini dan tidak sabar untuk orang ramai menontonnya," ujar Feige.
Filem tersebut bakal menyaksikan pelakon watak Iron Man, Robert Downey Jr, yang banyak kali muncul dalam siri filem, menjadi watak pembantu di samping Holland.
Filem tersebut bakal ditayang di pawagam Eropah pada 5 Julai, manakala di Amerika Syarikat pada 7 Julai.
Topic Berkaitan
#Box Office
#Disney
#filem
#Hollywood
#Marvel
#Spider-Man
#Spiderman
#Tom Holland
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan