PELBAGAI dugaan dilalui, terbaharu balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Noor Hidayah Mohd Ali dan anaknya Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey berdepan gangguan mistik serta sihir.
Hidayah menerusi video di Instagram memohon bantuan daripada mana-mana pihak termasuk pakar perubatan Islam untuk mengubati masalah yang dihadapi dia dan anak tunggalnya.
Menurut Hidayah, mereka berdepan dengan masalah itu semenjak arwah suaminya meninggal pada Februari 2020 dan ia berlarutan sehingga kini.
“Assalamualaikum semua, Dayah nak minta pertolongan kepada sesiapa sahaja pakar perubatan Islam, ustaz, ustazah atau sesiapa sahaja yang mempunyai kepandaian / perawat mistik dan sihir yang boleh mengubati / merawat masalah yang Dayah serta Hamzah disihir dan ganguan mistik sejak arwah suami meninggal, berlarutan sehingga kini.
“Mohon kepada sesiapa yang boleh membantu boleh la menghubungi abang Dayah di talian 0133548178 En. Azmir,” kongsi Hidayah.
Rata-rata netizen mendoakan segala urusan Hidayah sekeluarga dipermudahkan selain turut berkongsi informasi mengenai perubatan Islam.
Untuk rekod, Abam dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata Syed Uthman Hamzah Al Juffrey yang kini berusia dua tahun.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas pada usia 32 tahun.
Selepas kematian Abam, timbul perbalahan antara Hidayah dan adik kepada arwah Abam iaitu pelawak Ali Puteh berkaitan tuntutan faraid.
Pada Mei 2020, Hidayah memfailkan saman fitnah terhadap Ali berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagram miliknya yang antara lain menggambarkan dia sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab.
Setelah hampir dua tahun turun naik mahkamah, pada Februari lalu mahkamah memutuskan Hidayah menang kes tersebut dan Ali dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM60,000. - Gempak
Gempak
Mon Apr 03 2023
Hidayah memohon bantuan daripada mana-mana pihak termasuk pakar perubatan Islam untuk mengubati masalah yang dihadapi dia dan anak tunggalnya. - Gempak
Fokus Minggu Depan: PRK KKB, sentimen semasa pengundi…
Ikuti kupasan Pengurus Kanan Penyelidikan Institut Darul Ehsan (IDE), Khairul Arifin, dan wartawan Astro AWANI, Firdaus Azil mengenai tinjauan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Banjir pulih, PPS Kota Tinggi ditutup
Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang yang dibuka untuk kemudahan mangsa banjir di persekitarannya semalam telah ditutup pada pukul 2.30 petang tadi.
Polis tahan dua lelaki, sita kenderaan papar gambar Agong pada kempen PRK KKB
Kedua-dua lelaki itu ditahan di sekitar Ulu Yam Lama, selepas polis menerima laporan mengenainya pada pukul 6.18 petang semalam.
Syarikat pengeluar minyak wangi, Yaya Empire bertaraf global
Syarikat pengeluar perfume, Yaya Empire antara salah sebuah syarikat tempatan yang berjaya menempa nama dalam industri haruman bertaraf global selepas meneroka pasaran luar Malaysia.
Piala Thomas: Rexy mahu perseorangan negara lebih mantap di Horsens
Dalam tempoh dua tahun lagi, skuad lelaki akan lebih seimbang memandangkan kem beregu negara lebih stabil berbanding perseorangan negara.
PN belum tentukan lagi jumlah kerusi akan ditandingi pada PRN Sabah nanti
Muhyiddin berkata PN dan Bersatu akan sertai PRN Sabah ke-17, namun soal bilangan kerusi bakal ditandingi belum lagi dibuat.
Subsidi bersasar: Jangan buat spekulasi, tunggu pengumuman rasmi kerajaan
Fuziah berkata, setakat ini tiada pengumuman dibuat, sekali gus menyangkal laporan media luar kononnya kerajaan telah membuat keputusan.
Polis serah siasatan pesawat terhempas di Sungkai kepada CAAM
Setakat ini pihak Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan masih melakukan siasatan di lokasi kejadian.
Kampung Belukut dijadikan kampung angkat Madani JWP
Pembangunan modal insan antara fokus Program Kampung Angkat Madani Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP).
KPT tumpu wujud tenaga mahir khususnya bidang teknologi AI penuhi keperluan negara - Zambry
Ia bagi menampung keperluan permintaan tenaga kerja yang bakal dijana hasil dari penerimaan pelaburan besar diraih negara.
Enggan terima 'cash' RM75,000 Ali Puteh, peguam Hidayah beri penjelasan
Balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali enggan menerima pembayaran wang saman fitnah yang dibuat Ali Puteh disebabkan faktor keselamatan.
Hidayah, anak terkena sihir sejak Abam Bocey meninggal dunia
Mereka berdepan dengan masalah itu semenjak arwah suaminya meninggal pada Februari 2020 dan ia berlarutan sehingga kini.
Tiga tahun berlalu, Fad masih terasa dengan pemergian Abam
Susah senang Fad dengan arwah Abam tiada siapa yang tahu...
"Jual ayam bukan sebab..." - Ali Puteh mahu tutup buku lama
Ada mendakwa puncanya dia perlu membayar wang yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap bekas balu abangnya.
Ali Puteh diperintah bayar RM60,000 kepada kakak ipar
Ali Puteh diwakili peguam, Noorazmir Zakaria manakala Nor Hidayah diwakili peguam Mohamed Ibrahim Mohamad manakala Alif Syukri diwakili peguam, Hasshahari Johari Mawi.
Ibu Abam Bocey, Ali Puteh selamat dikebumikan
Ibu kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey dan Ali Puteh meninggal dunia di Hospital Selayang pada tengah malam semalam (Khamis).
'Sayang sedih sangat, sebab sepatutnya kita sambut hari raya bersama' - Isteri Abam Bocey
Hidayah menambah hanya gambar nikah dia dan pelawak popular itu sahaja yang mampu mengubat rindu terhadap Allahyarham suaminya.
'Buat Allahyarham suamiku, hari ini genap sebulan Abang meninggalkan kami' - Isteri Abam Bocey
Isteri kepada Allahyarham Abam Bocey, Siti Nurhidayah Mohd Ali mengenang pemergian suaminya yang sudah genap sebulan meninggal dunia.
'Abang Achey jangan sedih ...' Murid Darjah 5 utus surat, doakan Abam tenang
Hampir sebulan, pemergian Allahyarham Abam Bocey masih dirasai hingga kini. Terbaharu, rakan baik Abam, Achey menerima sepucuk surat dari sekumpulan murid darjah lima menitipkan doa buat arwah.
Februari pun berlalu... ini imbasan isu gempar yang berlaku
Ini rangkuman beberapa topik menarik yang berlaku sepanjang Februari.