PELAKON Malaysia yang mencipta nama di persada antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh bakal membintangi drama bersiri Star Trek: Discovery.
Berita itu disahkan sendiri oleh pengarah yang bakal mengarahkan drama berkenaan, Nicholas Meyer menerusi satu temubual bersama portal Coming Soon.net.
“Apa yang boleh saya katakan, nama Michelle Yeoh ada dalam drama tersebut,” ujarnya ringkas.
Bagaimanapun watak yang bakal digalas oleh aktres itu masih belum dipastikan dan berharap agar Michelle memegang watak utama sebagai leftenan komander wanita.
Terdahulu Michelle Yeoh terkenal dengan watak sebagai Yu Shu Lien menerusi filem Crouching Tiger, Hidden Dragon dan sekuelnya, Sword of Destiny.
Selain itu, Michelle juga terlibat dalam filem Memoirs of a Geisha, Reign of Assassins dan drama bersiri Marco Polo.
Star Trek: Discovery dijangka akan bersiaran pada Mei 2017 di CBS Television Network.
Gempak
Wed Nov 23 2016
Michelle dijangka memegang watak utama sebagai leftenan komander wanita.
PRK KKB: Komuniti Orang Asli perlu sokong calon PH - Ramli
Seruan itu adalah bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan komuniti Orang Asli memandangkan mereka merupakan pengundi setia BN.
Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan agar keganasan di Gaza dihentikan.
'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Kesemua suspek yang mempunyai pertalian keluarga dan aktif mengedar dadah antara enam hingga lapan bulan lalu itu ditahan jam 10.50 malam.
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Michelle Yeoh membanggakan, bakal bintangi siri Star Trek: Discovery
Pelakon Malaysia yang mencipta nama di persada antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh bakal membintangi drama bersiri Star Trek: Discovery.