Berikutan insiden penyebaran imej lucah Taylor Swift dijana oleh kecerdasan buatan (AI) generatif, Microsoft telah mengemas kini terma dan syarat penggunaan perkhidmatan Designer mereka.

Menerusi terma dan syarat baharu, pengguna dilarang menjana imej yang jatuh ke dalam kategori lucah, ganas, aktiviti jenayah dan banyak lagi.

Imej lucah Taylor Swift dipercayai dijana menggunakan Microsoft Designer oleh ahli forum 4Chan menerusi teknik prom yang memintas sistem keselamatan yang diletakkan oleh Microsoft. Berikutan insiden ini, X telah melarang carian menggunakan kata kunci Taylor Swift di laman mereka sejak hujung minggu lalu. Tindakan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini sehingga menyebabkan Elon Musk mengumumkan pasukan keselamatan atas talian dibentuk sebelum sebagai langkah kecemasan.

Pasukan ini telah dipecat hampir keseluruhannya setahun lalu selepas Musk mengambil alih syarikat kerana dirasakan tidak perlu memandangkan X ialah “laman kebebasan bersuara mutlak”. Kerana insiden melibat insan yang dinobatkan paling berpengaruh tahun 2023, langkah drastik telah diambil oleh X serta Microsoft kerana mungkin menjadi liabiliti di masa hadapan sekiranya tidak dilakukan. -Amanz