Skip to main content

Hiburan

Neelofa terima anugerah Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith

41617255447_neelofa.jpg
KOTA BHARU: Selebriti terkemuka tanah air, Noor Neelofa Mohd Noor dianugerahkan sebagai Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith Bagi Kategori Tokoh Berpengaruh Mega atau influencer oleh kerajaan Kelantan sempena sambutan Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) 2021.

Anak kelahiran Pasir Mas yang dikenali sebagai Neelofa itu merupakan salah seorang daripada 14 wanita yang menerima anugerah pada majlis tersebut, lapor portal berita Sinar Harian.

Bagaimanapun, Neelofa tidak hadir ke majlis tersebut kerana difahamkan berada di Langkawi selepas melangsungkan perkahwinan pada Sabtu lalu.

Bukan itu sahaja, tiada wakil atau ahli keluarga daripada selebriti itu hadir untuk menerima anugerah yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.

HSK yang merupakan program tahunan yang diperkenalkan kerajaan Kelantan itu bagi meraikan, mengiktiraf peranan serta sumbangan wanita dalam pembangunan di negeri ini.

Program ini dianjurkan oleh Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan.



Hiburan | Neelofa dah bergelar isteri kepada PU Riz
 

BACA: Doa, pesanan mama buat Neelofa


Advertisement

Must Watch Video