awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon Aamir Khan positif COVID-19

Agensi
Agensi
24/03/2021
08:24 MYT
Pelakon Aamir Khan positif COVID-19
Aamir Khan menjadi selebriti Bollywood terbaharu yang disahkan positif COVID-19. - Gambar fail/Amir Khan, Instagram
NEW DEHLI : Pelakon popular Aamir Khan menjadi selebriti Bollywood terbaharu yang disahkan positif COVID-19.
Times of India yang memetik jurucakap pelakon itu berkata, bintang popular itu kini sedang menjalani kuarantin di rumah.
"Aamir Khan sedang menjalani kuarantin di rumah selepas disahkan positif dan keadaannya tidak membimbangkan.
"Mereka yang mempunyai kontak dengannya dalam tempoh terdekat diminta untuk menjalani ujian saringan sebagai langkah pencegahan," kata sumber itu.
Namun begitu, laporan itu tidak mendedahkan sama ada ahli keluarga Aamir turut dijangkiti penyakit itu atau sebaliknya.
Minggu lalu, pelakon terkenal Dangal itu mengumumkan keputusannya untuk menutup akaun media sosial dengan mengucapkan selamat tinggal kepada lebih 48 juta pengikutnya di laman Twitter, Facebook dan Instagram.
Menerusi satu hantaran yang dikongsinya itu, pelakon dan juga penerbit berusia 56 tahun itu memberitahu, dia hanya akan menggunakan platform syarikat filemnya jika mahu berkongsi segala perkembangan tentang dirinya.
"Ini merupakan kiriman terakhir saya dalam media sosial.
"Saya memutuskan untuk berhenti daripada menggunakan semua platform sosial media selepas ini," ujar aktor yang pernah membintangi filem 3 Idiots itu.
Sebelum ini beberapa bintang Bollywood termasuk Amitabh Bachchan, Abhishek Bachchan, Aiswarya Rai, Kanika Kapoor dan Kiran Kumar turut disahkan positif COVID-19.
Topic Berkaitan
#Bollywood
#Aamir Khan
#COVID-19
#positif
#pelakon
#bintang
#penerbit
#hiburan
#kuarantin
#Times of India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan