awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Tangan kami terlepas...saya yang lemas, dia yang meninggal dunia'
Seorang maut, 26 cedera dalam nahas 50 kenderaan di lebuh raya Jepun
Papa Zola The Movie guna dialek negeri tarik penonton ke pawagam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon terkenal Korea ditemui tidak bernyawa dalam bilik hotel

Agensi
Agensi
30/06/2019
00:00 MYT
Pelakon terkenal Korea ditemui tidak bernyawa dalam bilik hotel
Artis Korea Selatan, Jeon Mi Sun ditemui tidak bernyawa di dalam sebuah bilik hotel di Jeonju, wilayah Jeolla Utara pada Sabtu.
Seorang artis terkenal Korea Selatan, Jeon Mi Sun ditemui tidak bernyawa di dalam sebuah bilik hotel di Jeonju, wilayah Jeolla Utara pada Sabtu.
Kematian pelakon berusia 50 tahun itu disahkan oleh agensi tempat Mi Sun bernaung, Boas Entertainment melalui satu kenyataan.
Sebelum itu, wanita terbabit dikatakan menerima rawatan akibat masalah kemurungan.
Pihak bomba Jeolla dalam satu kenyataan pula memberitahu, menerima panggilan sekitar pukul 11.43 pagi sebelum menghantar anggota ke lokasi kejadian.
“Mi Sun tidak sedarkan diri semasa ketibaan pasukan paramedik. Kes akan diserahkan kepada polis,” kata sumber bomba kepada Soompi News.
Sementara itu, Boas Entertainment semasa mengesahkan kematian Mi Sun berharap agar pihak media tidak membuat laporan dan spekulasi yang tidak benar demi menghormati keluarga mendiang.
“Kami akan berkongsi maklumat selepas selesai urusan pengkebumiannya,” katanya.
Mi Sun dikenali sebagai pelakon sekitar tahun 1990 dan popular dalam berapa siri seperti Memories of Murder, Moon Embracing the Sun dan Hide and Seek.
Topic Berkaitan
#bunuh diri
#hotel
#Jeon Mi Su
#Korea
#Korea Selatan
#maut
#Soompi News
#tidak bernyawa
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan