KUALA LUMPUR: Bermula hari ini, pelanggan Astro boleh mula strim lebih daripada 800 filem dan 18,000 episod termasuk filem pecah panggung dan siri-siri Marvel, kandungan kegemaran Disney, Disney+ Originals, filem-filem dan siri drama tempatan serta Asia yang terkenal, melalui aplikasi Disney+ Hotstar.

Jika anda pelanggan Astro, berikut adalah beberapa cara untuk menikmati ‘bundle’ nilai menarik yang membolehkan anda mengalami Disney+ Hotstar pada 1 Jun 2021:
Pelanggan boleh mendaftar melalui astro.com.my/Disney Pelanggan ‘Movies Pack’ yang sedia ada dan pelanggan Astro yang lain diingatkan agar mengikuti langkah mudah ini sebelum mereka boleh mula strim.
  1. Daftar Astro ID: Untuk pelanggan yang belum mencipta Astro ID, mereka perlu berbuat demikianmelalui astro.com.my/astroID. Pengguna Astro GO boleh menggunakan ID mereka yang sedia ada.
  2. Aktifkan (bermula 1 Jun 2021): Pelanggan perlu layari astro.com.my/Disney, log masuk dengan Astro ID, masukkan nombor telefon bimbit untuk mengaktifkan kelayakan mereka.
  3. Strim (bermula 1 Jun 2021): Selepas berjaya mengaktifkan (Langkah 2), pelanggan perlu muat turun aplikasi Disney+ Hotstar dari Apple App Store atau Google Play Store dan log masuk menggunakan nombor telefon seperti di Langkah 2. Kemudian, mereka boleh mula strim kandungan filem dan program kegemaran di aplikasi Disney+ Hotstar. Untuk maklumat lanjut, layari astro.com.my/Disney
Para pelanggan perlu mengikuti langkah-langkah yang tertera untuk mengaktifkan akses mereka ke Disney+ Hotstar pada 1 Jun, atau klik di sini untuk lihat video