awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesawat tentera Thailand terhempas di Chiang Mai, dua juruterbang terbunuh
Mesir sedia terima orang awam cedera dari Gaza sebaik pintu sempadan Rafah dibuka semula
Tokyo keluar nasihat baharu influenza selepas lebih 6,000 kes dikesan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat dakwaan Shila Amzah diserang artis legenda

Sinar Harian
Sinar Harian
11/07/2025
06:00 MYT
Polis siasat dakwaan Shila Amzah diserang artis legenda
Shila Amzah dilaporkan memuat naik kenyataan di media sosial mengenai dirinya diserang secara terbuka oleh seorang artis lelaki semasa sesi latihan konsert. - Foto Instagram shahilaamzah
POLIS menerima laporan daripada penyanyi terkenal, Shila Amzah yang mendakwa dirinya diserang secara terbuka oleh seorang artis legenda semasa sesi latihan konsert baru-baru ini.

Ringkasan AI
  • Penyanyi Shila Amzah membuat laporan polis pada 10 Julai mendakwa diserang secara terbuka oleh seorang artis legenda semasa sesi latihan konsert, namun tiada sentuhan fizikal atau kecederaan dilaporkan.
  • Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan telah mengambil dua rakaman percakapan, sementara individu yang didakwa terlibat masih belum dipanggil untuk memberi keterangan.
  • Kes disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Dang Wangi dan siasatan masih berjalan bagi mengenal pasti butiran lanjut insiden tersebut.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, laporan dibuat oleh Shila atau nama penuhnya, Nurshahila Amir Amzah, pada 10 Julai lalu kira-kira jam 5.31 petang di Balai Polis Dang Wangi.
“Berdasarkan laporan yang diterima, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Menurut beliau, setakat ini polis telah mengambil dua rakaman percakapan bagi membantu siasatan.
Katanya, siasatan awal mendapati tiada sebarang sentuhan fizikal berlaku dalam kejadian tersebut dan tiada kecederaan dilaporkan.
“Siasatan masih berjalan dan pihak polis sedang berusaha mendapatkan keterangan daripada individu yang didakwa terlibat dalam insiden berkenaan.
“Setakat ini, tiada sebarang tangkapan dibuat dan individu yang dikatakan menyerang mangsa masih belum dipanggil. Namun, tindakan sedang diambil untuk mendapatkan keterangan daripadanya,” ujarnya.
Tambah beliau, kes sedang disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Terdahulu, Shila Amzah dilaporkan memuat naik kenyataan di media sosial mengenai dirinya diserang secara terbuka oleh seorang artis lelaki semasa sesi latihan konsert. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Shila Amzah
#artis legenda
#serang
#sesi latihan konsert
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan