PENYANYI Ziana Zain akui dia dan anak-anak telah merancang untuk bercuti Aidilfitri ini.

Ziana Zain berkata ia merupakan permintaan anak-anaknya yang mahu beraya di perantauan.

“Raya ini saya akan bawa anak-anak pergi bercuti.

“Namun raya pertama dan kedua kami akan menyambutkan di Shah Alam, Selangor dahulu sebelum merancang untuk membawa anak-anak saya bercuti.

“Sebenarnya dah lama mereka minta untuk pergi bercuti, jadi saya fikir apa salahnya saya tunaikan kali ini.

“Bagaimanapun kami belum ada lokasi percutian yang spesifik untuk dituju dan bakal memikirkannya kelak,” katanya kepada Astro Gempak.


Hasil perkahwinan Ziana dan Armin, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 18; Muhammad Ammar, 14; serta sepasang kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Mengulas keadaan anak-anak mereka selepas apa yang melanda rumahtangganya, Ziana Zain bersyukur kerana mereka amat memahaminya.

“Mereka adalah anak yang sangat memahami situasi yang dialami.

“Saya bersyukur mereka kini lebih gembira,” katanya lagi.

Rumah tangga pelantun lagu Putus Terpaksa dan suaminya Armin yang dibina pada tahun 1998 kini di ambang perpisahan selepas penyanyi itu memfailkan permohonan cerai.

Armin dihadapkan ke mahkamah Mac lalu kerana mencederakan seorang daripada empat anak mereka. -Teks oleh: Syafiqah Jalal