awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Satu kehilangan besar - Seniman dukacita pemergian Nassier Wahab

Astro Awani
Astro Awani
05/12/2019
01:20 MYT
Satu kehilangan besar - Seniman dukacita pemergian Nassier Wahab
Nassier Wahab meninggalkan seorang isteri Datin Fatimah Abd Rauf dan seorang anak, Intan Najihah.
Pemergian penyanyi popular era 80-an yang terkenal dengan lagu 'Sekali Aku Jatuh Cinta' Datuk Nassier Wahab disifatkan satu kehilangan besar kepada industri muzik tanah air ekoran bakat besar beliau.
"Seniman menyifatkan pemergian mengejut Nassier Wahab sebagai kehilangan besar pada industri muzik tanah air disebabkan bakat serta kebolehan yang beliau ada amat berharga.
"Seluruh kepimpinan tertinggi dan Exco Seniman Malaysia serta ahli-ahli Seniman mengucapkan salam takziah kepada keluarga arwah," kata Setiausaha Agung Seniman Hafiz Nafiah dalam satu kenyataan yang menzahirkan rasa dukacita, hari ini.
Menurutnya, jenazah Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.45 tengah malam tadi di Pusat Pakar Universiti Malayan akan dibawa ke rumahnya di Klang, Selangor.
BACA: Datuk Nassier Wahab meninggal dunia
Nassier, 57 tahun, meninggalkan seorang isteri Datin Fatimah Abd Rauf dan seorang anak, Intan Najihah.
Menurut Seniman, jenazah Allahyarham akan dimandikan di Masjid Batu Belah, Klang, pagi ini dan kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Belah.
Topic Berkaitan
#Hafiz Nafiah
#jenazah
#Klang
#meninggal dunia
#Seniman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan