PELAKON Leftenan Zana, Janna Nick membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Sheila Rusly jika dia telah menggores hati penerbit dan pelakon itu.
Menurut Janna, 24 tahun, dia sebolehnya enggan memberi sebarang komen terhadap figura yang sudah dianggap sebagai ibu, guru dan juga senior di dalam industri itu kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.
"Sebagai anak didiknya, saya banyak terhutang budi dan tak layak membuka mulut.
"Bila ramai yang kata posting yang dimuat naik sis Sheila ditujukan kepada saya, apa yang boleh saya katakan ialah saya meminta maaf kepada beliau.
"Saya juga ada menghantar mesej memohon maaf secara peribadi, tapi tidak dilayan.
"Jadi bila saya dah minta maaf secara terbuka tak dilayan, saya minta maaf secara peribadi. Tapi kalau tak cukup juga, saya minta ampun pada ALLAH SWT," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Vivo V15 & V15 Pro di Sunway Pyramid, pada Selasa.
Ditanya bilakah dia merasakan permasalahan ini bermula, Janna mengakui, segalanya bermula ketika penggambaran Leftenan Zana.
"Leftenan Zana adalah sebuah cerita yang sangat sukar. Cerita yang sangat perit dan masing-masing ada tekanan. Malah selepas berlakon, hati saya pun jadi kering macam askar betul.
"Sampaikan bila saya masuk drama baru, susah untuk saya nak menangis sehinggakan saya terpaksa guna teknik untuk menangis. Itulah pertama kali dalam karier saya.
"Bila dah selesai penggambaran, apa sahaja dugaan saya boleh terima. Malah apabila Leftenan Zana ditayangkan, saya sangat sebak. Saya tak mahu jurang antara kami kini sebagai satu halangan untuk saya mempromosikan Leftenan Zana," katanya.
Dalam pada itu, Janna turut menolak dakwaan yang melihat krisis antara beliau dan Sheila sebahagian gimik untuk mempromosikan Leftenan Zana.
Malah katanya, apa yang diharapkan, Sheila terbuka hati untuk memaafkannya dan hubungan mereka akan kembali pulih.
"Apa yang saya harapkan ini adalah kali terakhir saya bercakap mengenai isu ini dan sekiranya saya buat salah, saya minta maaf sekali lagi," akhirinya.
Hubungan rapat Janna dan Sheila serta keluarga penerbit dan pelakon itu sememang diketahui umum.
Namun apabila Leftenan Zana mula ditayangkan, netizen mula dapat menghidu permasalahan mereka.
Lebih-lebih lagi apabila Sheila dilihat tidak lagi mengikuti media sosial Janna.
Sinar Harian
Wed Feb 27 2019

Hubungan rapat Janna dan Sheila serta keluarga penerbit dan pelakon itu sememang diketahui umum. - Astro AWANI

Muhyiddin sertai solat hajat sempena setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyertai solat hajat sempena setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional di Masjid Putra di sini.
![AWANI 7:45 [28/02/2021]: Terima wakil rakyat amanah | Sokong Perikatan Nasional AWANI 7:45 [28/02/2021]: Terima wakil rakyat amanah | Sokong Perikatan Nasional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892927/27199806741614523385256_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [28/02/2021]: Terima wakil rakyat amanah | Sokong Perikatan Nasional
Saksikan #AWANI745 untuk mendapatkan berita terkini dalam dan luar negara bersama penyampai Dzulfitri Yusof dan Nailah Huda Fokus #AWANI745: - Anwar Ibrahim terima serangan, tiga Adun AMANAH sertai PKR. - Lebih sejuta penduduk Malaysia hidap Penyakit Jarang Jumpa. #HapusCOVID19 #MyVaksinCOVID19

Garis Masa: Februari 2021 pun berakhir... antara sorotan berita penting bulan ini
Walaupun hanya 28 hari, tetapi banyak perkara besar yang berlaku di negara ini dalam tempoh tersebut.

Suntikan vaksin: Dakwaan 200 ahli SUK Kelantan cuba 'potong barisan' tidak benar
Dakwaan yang mengatakan bahawa terdapat 200 Ahli Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kelantan cuba 'memotong barisan' untuk menjadi penerima terawal suntikan vaksin COVID-19 adalah fitnah.

AWANI Ringkas: PKR pecat Larry Sng, Steven Choong | 'Saya keluar parti demi rakyat' - Larry Sng

ECK mempunyai dana bangunkan projek KXP - Muhammad Sanusi
ECK juga berjaya membuktikan bahawa ia memiliki dana masing-masing sebanyak RM1.5 bilion bagi fasa pertama dan RM5 bilion bagi fasa kedua projek berkenaan.

Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin berkonsep hibrid
Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin esok akan mengetengahkan konsep hibrid yang menggabungkan kehadiran secara fizikal dan maya.

Parti Gerakan adakan Persidangan Perwakilan Nasional secara maya pada 13 Mac
Persidangan Perwakilan Nasional Parti Gerakan 2020 akan berlangsung buat pertama kalinya secara maya pada 13 Mac depan.

AWANI Ringkas: 3 'Tan Sri', 'Datuk' disyaki dalang kartel dadah | Kes COVID-19 di Malaysia cecah 300,000

Darurat COVID-19 diperlukan - Muhyiddin
Muhyiddin berkata beliau tetap berpegang pada janji bahawa darurat akan ditamatkan lebih awal daripada tarikh 1 Ogos jika pandemik COVID-19 berjaya dibendung.

Saya minta ampun pada Allah: Janna Nick
Menurut Janna, 24 tahun, dia sebolehnya enggan memberi sebarang komen terhadap figura yang sudah dianggap sebagai ibu, guru dan juga senior di dalam industri itu kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.