HIBURAN
Shila Amzah tak tolak kemungkinan berdamai dengan Amy Search

Shila menegaskan bahawa dia tidak menyimpan dendam namun tidak pernah berhubung atau bertemu dengan Amy Search selepas kejadian tersebut. - Gambar fail
PENYANYI, Shila Amzah tidak menolak kemungkinan untuk memaafkan dan berdamai dengan penyanyi rock legenda, Datuk Amy Search selepas insiden serangan di konsert ulang tahun ke-20 Mr.DIY baru-baru ini.
Ringkasan AI
- Shila Amzah menyatakan kesediaan untuk memaafkan dan berdamai dengan Datuk Amy Search selepas insiden serangan di konsert Mr.DIY, namun meletakkan syarat agar ada perubahan sikap.
- Shila menegaskan bahawa dia tidak menyimpan dendam dan tidak pernah berhubung atau bertemu dengan Amy Search selepas kejadian tersebut.
- Insiden yang berlaku semasa sesi 'sound check' telah dilaporkan kepada pihak polis dan kini sedang dalam siasatan.
“Cuma saya nak tengok ada perubahan seandainya akan ada perubahan dari segi attitude, sebab perkara ini tak sepatutnya terjadi dalam industri kita. Tak kira apa status, ia tidak patut berlaku dalam industri kita.
“Kalau ada perubahan, siapa je tak lembut hati. Itu sahaja yang boleh saya katakan,” ujarnya kepada media.
Dalam masa sama, pelantun lagu Memori Tercipta itu mengesahkan bahawa dia tidak pernah bertemu atau berhubung dengan Amy Search selepas insiden terbabit.
“Tidak sama sekali,” jawabnya ringkas.
Terdahulu, Shila mendakwa telah diserang oleh seorang penyanyi legenda semasa sedang melakukan 'sound check' untuk konsert ulang tahun Mr.DIY.
Shila turut dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung insiden ini dan kes kini dalam siasatan.
Selain Shila, penyanyi yang turut memeriahkan konsert tersebut adalah Ella, Datuk Awie dan Datuk Amy Search. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami