awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Shuib terharu dapat sentuh, kucup Ayash' - pesan Siti Sarah agar jaga zuriat jadi anak soleh

Mingguan Wanita
Mingguan Wanita
14/09/2021
08:36 MYT
'Shuib terharu dapat sentuh, kucup Ayash' - pesan Siti Sarah agar jaga zuriat jadi anak soleh
Selepas kehilangan isteri kesayangan, Shuib yang juga bergelar usahawan berjaya, meluahkan rasa gembira apabila dapat bertemu dengan permata hati keempatnya, Ayash Affan. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
SELEBRITI Shuib Sepahtu bersyukur kerana akhirnya dapat mengucup anak bongsunya, Ayash Affan. Buat Shuib, Itulah hadiah paling bermakna buat hari lahir yang ke-37 pelakon dan pelawak itu.
Selepas kehilangan isteri kesayangan, Shuib yang juga bergelar usahawan berjaya, meluahkan rasa gembira apabila dapat bertemu dengan permata hati keempatnya, Ayash. Shuib dapat sentuh dan kucup Ayash
Walaupun sambutan ulang tahun kelahiran kali ini berbeza, namun Shuib memanjatkan rasa bersyukur dapat menyentuh dan mengucup anak bongsunya itu.
“Alhamdulillah… di hari kelahiran, Allah hadiahkan berita gembira. Dah boleh ke hospital tengok Ayash Affan.
“Ia akan jadi hari pertama melihat dan menyentuh Ayash Affan,” luah Shuib melalui Insta Story miliknya.
Ayash ketika ini masih ditempatkan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia di ibu negara selepas dilahirkan tidak cukup bulan pada 6 Ogos lalu. Teringat pesanah Allahyarham Siti Sarah
Dalam hantaran berbeza, Shuib, 36, berkata, dia teringat kata-kata yang berulang kali diucap isterinya itu ketika mengandungkan Ayash.
“Masih ingat lagi ibu (Siti Sarah) selalu cakap benda yang sama berulang kali ‘baby keempat ini you jaga dia tau, you jaga okay”
“Insya-Allah sayang. I akan jaga dia macam mana I jaga you sampailah dia jadi anak yang soleh, anak yang akan menjadi kebanggaan you dunia dan akhirat,” luahnya.
Siti Sarah Raissuddin, 36, menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 9 Ogos lalu di HCTM akibat jangkitan COVID-19. BACA: Tulisan terakhir buat Siti Sarah...

Sebelum itu, Allahyarham telah menjalani pembedahan tanpa sedar bagi melahirkan Ayash ketika kandungannya berusia lapan bulan. Selain Ayash, Allahyarham turut meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.
Topic Berkaitan
#Shuib
#Siti Sarah meninggal dunia
#Ayash Affan
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan