ENAM tahun yang lalu, Royal Society of Literature di London meminta beberapa orang penulis terkenal dunia untuk menyenaraikan 10 buku yang pada pandangan mereka harus dibaca oleh seorang kanak-kanak sebelum mereka habis sekolah.
Usaha itu dibuat bagi menyediakan satu senarai panjang yang dipercayai akan membantu ibu bapa dan guru memilih buku-buku yang sepatutnya jadi bacaan wajib kepada anak-anak.
Rumusannya: Anak-anak mesti membaca — atau digalakkan untuk membaca — sastera klasik.
Penulis siri novel Harry Potter, JK Rowling menyenaraikan antara lain novel Animal Farm, David Copperfield dan Robinson Crusoe. Dia juga mencadangkan To Kill A Mockingbird, Catcher in the Rye dan Catch-22.
Senarai
Penulis Philip Pullman pula menyenaraikan buku kanak-kanak seperti Emil and the Detectives tetapi dia juga memilih drama tragedi Shakespeare, Romeo and Juliet serta puisi Samuel Taylor Coleridge, The Rime of the Ancient Mariner.
Seorang lagi penyair, Andrew Motion mencadangkan puisi epik Homer, Odyssey. Huh? Odyssey untuk bacaan kanak-kanak? Kenapa tidak Iliad juga? Motion juga menyarankan Hamlet, Don Quixote dan Ulysess.
Ini tiga kali huh! — satu untuk setiap judul.
Ada penulis yang enggan ikut terlibat dalam usaha itu. Nick Hornby seorang daripadanya. Katanya, kanak-kanak tidak mampu untuk membaca buku yang dia mahu mereka baca. Hornby bercakap berdasarkan pengalamannya pernah jadi guru sekolah.
Tetapi penyair terkemuka, Ben Okri memberikan cadangan yang lain — bukan 10 cadangan tetapi 10½. Cadangannya itu beliau muatkan dalam buku eseinya, A Time for New Dreams pada bab yang dia beri nama, 10½ Inclinations.
Saya cuba terjemahkan cadangannya itu dan pada masa yang sama, melihat kemungkinan-kemungkinan yang boleh kita baca bersandarkan kepada saranannya itu.
1. Ada jejak rahsia dalam buku yang akan memberi ilham dan kesedaran. Cari jejak itu.
Saya jadi ingat kepada buku Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri tulisan Pendeta Za'ba. Za'ba atau nama sebenarnya Zainal Abidin Ahmad adalah tokoh pemikir ulung bangsa. Beliau seorang guru bangsa — tokoh yang lahirnya untuk mencerdikkan kita; seorang yang cukup kritikal terhadap bangsanya, terhadap orang Melayu.
Beliau dikenang sebagai tokoh bahasa dan disifatkan sebagai tokoh yang membangunkan tatabahasa Bahasa Melayu. Tetapi beliau juga pemikir ekonomi yang cukup hebat. Tulisan pentingnya, Jalan Keselamatan Bagi Orang Melayu yang terbit dalam Al-Ikhwan pada 1927 kekal jadi rujukan yang sangat berguna untuk memahami dan seterusnya mencari ubat kepada penyakit ekonomi orang Melayu.
Bukunya ini adalah lanjutan daripada pesan penting yang beliau tinggalkan kepada orang Melayu — yang hanya terbit selepas beliau meninggal dunia.
2. Baca di luar bangsa, warna kulit, kelas dan jantina sendiri.
Nah, membaca itu sendiri adalah satu pekerjaan untuk meluaskan ufuk minda — melihat sesuatu dari sorot pandang yang lain. Membaca itu kerja menyalin pengalaman dan menghirup pemikiran orang lain.
Bacalah puisi Rabindranath Tagore atau haiku Basho; dongeng magis Gabriel Garcia Marquez atau suara feminis Alice Walker.
3. Baca buku yang dibenci oleh keluarga kita.
Kalau penulisnya mereka benci, bukunya juga tentu mereka tidak suka. Ada dua buah buku yang barangkali jatuh dalam kategori ini: Dilema Melayu oleh Dr. Mahathir Mohamad dan Gelombang Kebangkitan Asia oleh Anwar Ibrahim.
Itu tentunya bergantung kepada petak politik mana keluarga kita berdiri.
4. Baca buku yang digemari oleh keluarga kita.
Kalau penulisnya mereka suka, bukunya juga tentu mereka suka. Rujuk semula perenggan sebelum ini.
5. Ikuti seorang atau dua penulis penting, yang karyanya berhubung dengan anda. Jadikan karya mereka cinta berahi rahsia anda.
Saya teringat sepotong mesej yang dikirimkan oleh seorang teman kepada saya pada suatu dinihari. Katanya: "Buku macam inilah baru ada nafsu nak membaca."
Dia merujuk kepada Cantik Itu Luka karya Eka Kurniawan, penulis dari Indonesia. Masakan tidak; ceritanya tentang seorang pelacur yang bangkit dari kubur selepas 21 tahun kematiannya.
6. Baca seluas-luasnya untuk keseronokan, rangsangan dan bebas.
Bacalah apa saja; asalkan membaca. Jangan baca sekali; ulang baca beberapa kali. Kata penyair dan pelukis Latiff Mohidin: "Entah bagaimana, setelah berulang kali kita baca, buku itu masih lagi terasa aneh, mendebarkan."
7. Jangan baca apa yang orang lain sedang baca. Periksa buku itu kemudian, dengan hati-hati.
Inilah juga yang pernah disebut oleh penulis novel Haruki Murakami: "Kalau kita hanya membaca apa yang orang lain baca, kita hanya boleh memikirkan apa yang orang lain fikir."
8. Baca apa yang tidak sepatutnya anda baca.
Barangkali tidak ada contoh lain yang terbaik pada masa ini melainkan antologi puisi Bogel Menuju Tuhan oleh pelakon Zahiril Adzim. Buku ini dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan penerbitnya mencabar tindakan itu di mahkamah.
Jangan baca tajuknya saja. Baca bukunya dulu.
9. Baca untuk kebebasan sendiri dan kemerdekaan minda.
Daripada sekian banyak buku yang terbit di dunia ini, pasti ada sebuah yang mengubah hidup seseorang — membacanya seperti menceduk semangat baru; rasa bagai dilahirkan semula. Buku apa? Ya, terserah.
10. Buku ibarat cermin. Jangan hanya membaca kata-katanya. Masuklah ke dalam cermin itu. Di situlah tempat sebenar bersembunyinya rahsia.
Wartawan Amerika Syarikat, Anna Quindlin menulis dalam bukunya, How Reading Changed My Life: "Melalui buku saya mengembara, bukan ke dunia lain, tetapi masuk ke dalam diri sendiri."
10½. Bacalah dunia. Ia buku yang paling penuh misteri antara kesemuanya.
Silakan membeli tiket penerbangan tambang murah. Terbanglah ke serata ceruk dunia. Lihatlah tempat orang -- mengembara.
Tetapi bagi sesetengah di kalangan kita, ini bukan masa untuk berjalan. Tunggu selepas pilihan raya!
Noor Azam Shairi
Thu Jan 31 2013
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
Pelbagai usaha dilaksana Kerajaan Madani jaga kebajikan rakyat
Pelbagai anjakan dan reformasi yang mengutamakan kebajikan rakyat diusahakan dalam pentadbiran Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepanjang tahun ini.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
PM Anwar ucap tahniah kepada skuad FAM eRimau, Ahmad Muhaimin
Dalam aksi final semalam, skuad FAM eRimau mencipta sejarah apabila menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan Maghribi 2-0.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.