10 berita pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah 10 berita yang paling mendapat tumpuan di Astro AWANI sepanjang hari ini.
DARI pelbagai laporan dalam negara dan antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI pada hari ini (Isnin, 30 September 2019), berikut adalah 10 berita yang paling mendapat tumpuan ramai.
Banyak peluru ditemukan dalam badan gajah betina itu sekali gus memberi bayangan keadaan gajah tersebut bertarung menahan kesakitan akibat terkena tembakan senjata api.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Isnin mengeluarkan siar raya Nur Alert dalam usaha mengesan seorang kanak-kanak yang dilaporkan hilang di Bintulu, Sarawak.
Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah akan menawarkan ganjaran sebanyak RM10,000 kepada pemberi maklumat kes pembunuhan seekor gajah jantan di Sungai Udin, Kalabakan, Tawau
Jabatan Peguam Negara berjanji dan memberi jaminan untuk meneliti dan meneruskan prosedur undang-undang berhubung kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim secara profesional.
Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Datuk Ir. Hasni Mohamed menegaskan, keputusan itu dibuat selepas mendapat maklum balas daripada akar umbi mengenai kemampuan Ahli Parlimen Sembrong itu sendiri mengemudi parti.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dev Kumar hari ini mengesahkan, pihaknya telah memanggil lapan individu untuk memberi keterangan berhubung kegagalan mereka menghormati lagu kebangsaan, Negaraku.
Dua pengunjung maut dan sekurang-kurangnya dua lagi tercedera selepas tercampak dari permainan rollercoaster yang dinaiki mereka di sebuah taman tema di Mexico.
Seorang ibu dan anak kecilnya dikhuariti maut selepas kereta dinaiki mereka mengundur secara tidak sengaja dari atas sebuah feri di Kenya hingga terjunam ke dalam laut.
Penganalisis politik dan sosiobudaya, Karim Raslan, menulis tentang trend kedatangan pelancong dari India dan melihat dari aspek jangkaan dan cabaran industri pelancongan.
Pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad telah memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, Noor Nabila Mohd. Noor di Mahkamah Rendah Syariah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

