MALAYSIA
10 berita pilihan sepanjang hari ini
10 berita pilihan sepanjang hari ini di Astro AWANI.
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara, berikut adalah 10 berita yang paling mendapat perhatian di Astro AWANI sepanjang hari ini, Isnin, 21 Oktober 2019.
1) Agong, Permaisuri berangkat tiba di Tokyo
ang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat tiba di Tokyo hari ini, bagi menyaksikan Upacara Pertabalan Maharaja Jepun ke-126, Maharaja Naruhito yang dijadualkan esok.
2) Satu keajaiban negara tidak muflis - PM
Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan satu keajaiban buat Malaysia apabila tidak diisytihar bankrap gara-gara kerosakan yang dilakukan kerajaan terdahulu.
3) Ramasamy beri keterangan di Bukit Aman
Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy hadir ke Bukit Aman hari ini untuk memberi keterangan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas D5 berhubung laporan polis yang dibuat terhadapnya susulan dua artikel disiarkan dua portal berita bulan lepas.
4) "Kenapa tidak bangkit isu Aceh? Saya menolong orang Islam"- Ramasamy
P Ramasamy menegaskan bahawa beliau bukan anggota kumpulan pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
5) Pelajar cemas asrama sekolah terbakar
Seramai 168 pelajar lelaki cemas apabila bangunan asrama yang dihuni di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mukah di sini, terbakar petang tadi.
6) Polis sahkan DNA mayat dikerat lapan milik dua beranak
Polis mengesahkan lapan bahagian anggota badan manusia yang dibuang ke dalam semak di Kampung Ladang, Krubong dua minggu lalu, adalah milik seorang wanita dan anak lelakinya.
7) 10 minit menahan azab, gara-gara tercucuk besi di kepala
Seorang lelaki warga Thailand terpaksa menahan sakit lebih 10 minit gara-gara besi penarik pukat tercucuk di kepalanya.
8) Kempen Tabung Pahlawan 2019 berjaya capai sasaran RM9.2 juta
Kempen Tabung Pahlawan 2019 berjaya melebihi sasaran minimum selepas memperolehi sebanyak RM9.2 juta sejak ia mula dilancarkan pada Ogos lalu.
9) Azizulhasni muncul Raja Pecut Asia, raih emas di Korea Selatan
Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang membuktikan beliau berada dalam kelas tersendiri apabila muncul sebagai Raja Pecut Asia hari ini.
10) Prabowo Subianto bakal galas tugas sebagai Menteri Pertahanan?
Ketua Umum Parti Gerindra, Prabowo Subianto akui diberi mandat untuk menggalas tugas sebagai Menteri Pertahanan oleh Presiden, Joko Widodo.