ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling mendapat perhatian sepanjang hari ini, Rabu, 18 Disember 2019.
1) Sembilan kampung ditenggelami air, dua jalan ditutup di Jeli
Kampung yang terlibat adalah Kampung Sungai Mekong, Jeli Lama, Air Lanas, Rahmat, Wakaf Zain, Legeh, Sungai Satan, Lakota dan Gemang.
2) Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei meninggal dunia selepas pengsan
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Ismail Salam meninggal dunia pagi ini selepas pengsan di kediamannya di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.
3) Cuepacs cadang kerajaan semak semula gaji penjawat awam setiap lima tahun
Gaji semasa penjawat awam khususnya kumpulan sokongan hanya mampu dibelanja untuk tempoh dua minggu termasuk pembayaran bil-bil utiliti, pembetungan, telefon dan makan minum di rumah.
4) Selepas Rouhani, Erdogan pula tiba untuk sertai KL Summit 2019
Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menjadi pemimpin negara luar kedua tiba di Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 (KL Summit 2019), selepas Presiden Iran Hassan Rouhani.
5) Pesara mangsa pertama dihanyutkan arus deras di Jeli
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Jeli, Mohd Adni Ibrahim berkata, dalam kejadian jam 9 pagi itu, Suhaimi Ismail, 57 tahun, dijumpai lemas kira-kira 200 meter dari rumahnya.
6) Dakwaan Azilah dibawa keluar jumpa VVIP langsung tidak benar - Jabatan Penjara Malaysia
Jabatan Penjara Malaysia (JPM) hari ini menafikan banduan Azilah Hadri pernah dibawa keluar untuk menemui VVIP, seperti didakwa sesetengah pihak.
7) Arahan 'shoot to kill' Altantuya, Najib Razak sedia buat sumpah laknat
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersedia melakukan sumpah laknat bagi menafikan dakwaan Azilah Hadri berhubung pembabitan beliau dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
8) DBKL arah iklan 'Sugarbook' di Bangsar dan Bukit Kiara ditarik serta-merta
Unit Media Jabatan Perancangan Korporat DBKL memaklumkan, paparan iklan tersebut tidak mendapat kebenaran daripada pihak DBKL mahupun Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).
9) Nicol kembali ke gelanggang... dengan misi baharu cetus inspirasi!
Pemain berusia 36 tahun itu memberikan peluang keemasan kepada dua pemain junior untuk mengasah bakat dan bekerja keras dalam perlawanan mereka.
10) Polis buru individu lumur najis manusia di lif
Polis sedang memburu individu yang melakukan perbuatan jijik dengan melumurkan najis manusia di sebuah lif Blok D Pangsapuri Taman Medan Jaya, Petaling Jaya, Selangor.
Astro Awani
Wed Dec 18 2019
10 berita pilihan sepanjang hari ini di Astro AWANI.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah dipilih sebagai pemenang Anugerah Juri bagi kategori Wartawan Terbaik manakala Mahendran Veluplay dari Astro Seithigal memenangi kategori Pembaca Berita Popular.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir
Datuk M Nasir turut mengakui, beliau sendiri mungkin tidak dapat menyamai kebolehan S Atan dalam penghasilan karya tertentu.
ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.
All Access to Rossa 25 Shining Years: 'Ini masa saya kongsi pengalaman hidup'
Rossa dedah perjalanan hidup dalam 'All Access to Rossa 25 Shining Years' termasuk perihal rumah tangga yang musnah di tengah jalan.
Fahmi ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga dan sahabat handai tabah dengan pemergian Allahyarham.
Azam Baki sahkan SPRM geledah 'safe house' ahli politik, temui mata wang asing RM5 juta
SPRM menemui sejumlah mata wang asing bernilai RM5 juta ketika menggeledah sebuah pangsapuri di ibu kota yang dipercayai dijadikan safe house seorang ahli politik berpengaruh.
Fattah Amin kalahkan Nabil dalam acara Run Challenge, bawa pulang hadiah RM1,000
Penyertaan Fattah dalam acara larian ini tidak dirancang, tetapi diterima atas permintaan ramai pendengar dan sambutan baik daripada Fattah sendiri.