ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 19 Januari 2020.

1) Hanya Noor Hisham boleh keluar kenyataan rasmi berkenaan influenza - Dr Dzulkefly

Sebarang kenyataan rasmi mengenai perkembangan virus influenza hanya boleh dikeluarkan oleh Ketua Pengarah (Perubatan) Kementerian Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

2) Surat tunjuk sebab: Ia berkait ucapan di Renaissance - Zuraida

Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin mengesahkan telah menerima surat tunjuk sebab bertarikh 15 Januari lalu yang dikeluarkan kepimpinan parti.

3) Mayat terakhir mangsa lemas Teluk Bidara ditemui

Mayat mangsa lemas terakhir pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun di sini yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu ditemui petang ini.

4) Amaran angin kencang, laut bergelora sehingga Rabu

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan antara 50 hingga 60 kilometer (km) sejam dan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka melanda kawasan perairan Condore bermula esok sehingga Rabu.

5) Catu air jika kemarau berterusan di Kedah - Xavier

Catuan air kepada pengguna di Kedah mungkin dilaksanakan dalam masa terdekat, kerana kemarau di negeri terbabit dijangkakan berlarutan sehingga Mac tahun ini.

6) Jangan tunggu lagi, tambah ilmu teknologi sekarang - Tun Mahathir

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu rakyat Malaysia terutamanya mereka yang berada di alam pekerjaan untuk menambah ilmu berkaitan teknologi bagi menghadapi revolusi industri.

7) Pas Sarawak pertimbang guna lambang Barisan Nasional

Pas Sarawak berpandangan tiada masalah bagi parti itu untuk menggunakan lambang Barisan Nasional (BN) sekiranya perlu untuk memenangi kerusi sulung di negeri itu.

8) WhatsApp terganggu, pengguna alami masalah hantar fail media

Perkhidmatan aplikasi pesanan ringkas popular WhatsApp dilaporkan gagal berfungsi sekali gus menyebabkan pengguna di seluruh dunia berdepan gangguan.

9) Facebook mohon maaf silap terjemah nama Presiden China sehingga beri maksud kurang sopan

Facebook Inc memohon maaf dan menyalahkan kesilapan teknikal yang menyebabkan nama Presiden China, Xi Jinping diterjemahkan sebagai 'Shithole'.

10) McGregor hanya perlukan 40 saat tumbangkan 'Cowboy' Cerrone

Hanya 40 saat. Itu masa yang diperlukan oleh bintang UFC, Conor McGregor untuk menumbangkan pencabarnya, Donald ‘Cowboy’ Cerrone dalam acara utama UFC 246 sebentar tadi.