ADA yang umumkan mereka tidak ada bertanding apa-apa jawatan dalam pemilihan UMNO akan datang. Ada yang umumkan akan bertanding Naib Presiden atau sebagai ahli Majlis Tertinggi.
Begitu juga semakin ramai yang ghairah umumkan untuk bertanding jawatan-jawatan dalam Wanita, Pemuda dan Puteri.
Baguslah. Sesiapa saja yang ingin bersama menerajui agenda parti, bukan saja dalam UMNO tetapi juga parti-parti politik yang lain, harus digalakkan. Orang nak berbakti melalui wadah politik, kita sokong.
Apabila berlaku pertandingan, maka ahli parti perlu membuat keputusan. Dalam soal yang besar ini, maka keputusan tidak boleh dibuat berdasarkan atas dasar siapa yang selalu keluar dalam media atau siapakah yang kita paling rapat.
Orang yang selalu keluar dalam media belum tentu merupakan pemimpin politik yang baik. Orang yang paling rapat dengan kita juga tidak semestinya orang yang paling sesuatu menjawat jawatan dalam parti.
Maka, keputusan harus dilandaskan kepada:
Pertama, bakti — rekod sumbangan kepada parti. [Apakah yang telah anda sumbangkan selama ini? Boleh "quantify" sumbangan tersebut?]
Kedua, idealisme perjuangan. [Apakah citra perjuangan anda? Adakah ia selari dengan perjuangan parti?]
Ketiga, apakah sumbangan yang bakal diberikan dengan jawatan yang ditandingi. [Sekiranya dipilih, apakah perubahan yang akan anda bawa? Bagaimanakah rekod sumbangan anda selama ini akan menyokong perubahan yang ingin anda bawa?]
Keempat, kemampuan intelektual dan tahap keilmuan. [Sejauh manakah anda mampu menggarap idealisme perjuangan dengan ilmu? Setakat manakah ahli parti menilai kemampuan intelektualisme anda?]
Kelima, potensi untuk dia naik ke tahap kepimpinan yang tinggi. [Selepas dipilih ke jawatan ini, adakah anda mampu untuk naik ke tahap yang lebih tinggi dan setakat manakah tahap itu?]
Keenam, kemampuan untuk mengartikulasi perjuangan parti dengan rakyat. [Selama ini, adakah anda mampu dan bagaimanakah anda berkomunikasi mesej perjuangan parti dengan rakyat?]
Ketujuh, integriti politik dan keperibadian. [Sejauh manakah keperibadian anda boleh menjadi aset kepada parti?]
Kelapan, kesuaiannya untuk menghadapi lawan politik. [Adakah anda boleh menjadi aset kepada parti dalam mencorakkan pendapat awam?]
Kesembilan, sokongan akar umbi kepada kepimpinannya. [Adakah kepimpinan anda didokong oleh majoriti akar umbi?]
Dan, kesepuluh ialah kemampuan untuk bekerja dalam satu pasukan. [Adakah anda mampu menjadi ahli pasukan yang baik — menyumbang kepada matlamat perjuangan secara kolektif?]
Berilah markah di antara 1 hingga 10 bagi setiap perkara di atas. Secara idealnya, seseorang calon yang ingin memegang kepimpinan parti sewajarnya mampu mencapai sekurang-kurangnya sejumlah 80 markah keseluruhan.
Kalau boleh dapat 100 peratus, itu hebat.
Maka, undilah dia!
___________________________________
* Tulisan ini tersiar pertama kali di www.nobisha.blogspot.com
* Ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Astro AWANI.
Norizan Sharif
Fri Sep 20 2013
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Keputusan pecat Isham dibuat MT UMNO - Ahmad Zahid
Beliau berkata keputusan itu dibuat oleh MT parti tanpa perlu melalui Jawatankuasa Disiplin.
Zuraida tandatangani dokumen iktiraf saya sebagai presiden PBM - Larry Sng
Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) Datuk Larry Sng mendedahkan bekas timbalannya Datuk Zuraida Kamaruddin ada menandatangani dokumen mengiktiraf sebagai presiden parti itu.
Pengukuhan UMNO tepis persepsi parti dalam cacamarba - Ahmad Zahid
Pengukuhan UMNO yang sedang dilakukan sekarang adalah untuk menepis persepsi kononnya parti itu kini dalam keadaan cacamarba.
Semua ahli perlu akur dan patuh keputusan MKT UMNO - Ahmad Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua anggota parti agar sentiasa akur dan patuh dengan keputusan dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO.
Pintu PBB kini terbuka kepada belia, medan bincang aspirasi anak muda - Syed Hamzah
PBB melakar sejarah dengan kemenangan calon termuda, Syed Hamzah Datuk Wan Hamid, 37, sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu.
Belum terima cadangan tarikh PRU15 - Perdana Menteri
Sebarang perkara berkaitan Pilihan Raya Umum ke-g15 (PRU15) akan dibincangkan secara bersama di dalam parti, kata Ismail Sabri Yaakob.
Darurat diisytihar di Sudan, kerajaan dibubarkan
Ketua Majlis Tertinggi Sudan pada Isnin mengisytiharkan pelaksanaan darurat sekaligus membubarkan sistem pemerintahan negara itu.
Penangguhan pemilihan UMNO tidak sah, kata RoS
Ketua Pengarahnya Jasri Kasim menjelaskan ia disebabkan tempoh pemegang jawatan MKT bagi penggal 2018/2021 telah tamat pada 30 Jun 2021.
UMNO tarik diri: Perlu tindakan, fakta sokong kenyataan Ahmad Zahid - Pakar Perlembagaan
Ia (kenyataan Ahmad Zahid) masih perlu dibuktikan menerusi instrumen undang-undang sedia ada seperti akuan bersumpah.
Mesyuarat MKT UMNO: Ahmad Zahid perlu berjiwa besar, letak jawatan demi parti - Zahidi
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu berjiwa besar untuk mengundur diri selepas terpalit dengan kes mahkamah.