JOHOR BAHRU: Sebanyak 11,512 unit pangsapuri perkhidmatan berharga RM500,000 ke atas sekitar bandar raya ini dan Iskandar Puteri tidak terjual, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor.
Bagaimanapun, beliau berkata pemaju yang terlibat dengan kediaman tidak terjual itu sudah mula mendapat maklum balas positif daripada pembeli warga asing khususnya Singapura susulan harga rumah di republik tersebut dilaporkan sebagai paling mahal di Asia Pasifik tahun ini.
"Pembeli hartanah tempatan tidak perlu khuatir kerana dasar perumahan rakyat Johor telah menetapkan hanya hartanah bernilai RM1 juta ke atas ditawarkan kepada warga asing termasuk dari Singapura," katanya kepada pemberita selepas Majlis Undian Terbuka Rumah Transit Bangsa Johor (RTBJ) Taman Kempas Utama di sini pada Selasa.
Mohd Jafni berkata dianggarkan 1,000 unit RTBJ akan dibina dalam tempoh lima tahun selepas projek rintis di Taman Kempas Utama mendapat sambutan luar biasa.
Menerusi program RTBJ, individu terpilih boleh menghuni kediaman itu dengan membayar RM650 sebulan dan RM460 akan ditolak sebagai bayaran sewa manakala RM190 dijadikan simpanan dan selepas lima tahun, simpanan terkumpul akan dijadikan deposit untuk membeli rumah baharu.
Mohd Jafni juga berkata sebanyak 50 pemaju akan menyertai Expo Perumahan Johor yang bakal berlangsung di Angsana Johor Bahru Mall selama empat hari bermula 27 Julai depan sekali gus dijangka membantu penjualan kediaman tidak terjual yang siap dibina d negeri itu.
Pada 6 Mei lepas, Mohd Jafni berkata 80 peratus kediaman tidak terjual di negeri itu membabitkan pangsapuri perkhidmatan di sekitar Johor Bahru dan Iskandar Puteri.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 13 2023
Bagaimanapun, pemaju yang terlibat dengan kediaman tidak terjual itu sudah mula mendapat maklum balas positif daripada pembeli warga asing. - Gambar hiasan
Cabar siasatan SPRM: Mahkamah Rayuan tolak permohonan Daim, keluarga
Tun Daim dan keluarganya gagal dalam rayuan mereka untuk mendapatkan kebenaran meneruskan semakan kehakiman bagi mencabar siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
KL City dalam kumpulan maut Kejuaraan Kelab Asia Tenggara
Kuala Lumpur City FC berada dalam 'kumpulan maut' apabila diundi dalam Kumpulan B bersama juara Liga Thailand 2022/2023, Buriram United FC, pada Kejuaraan Kelab Asia Tenggara 2024/2025.
Thailand ambil langkah lebih tegas terhadap penggunaan kanabis
Srettha Thavisin berkata bahawa masalah dadah adalah agenda nasional yang memerlukan kerjasama semua agensi untuk membanterasnya.
Malaysia tidak sokong kegiatan, pembiayaan kumpulan pengganas
KDN memahami kebimbangan disuarakan AS berhubung dakwaan wujudnya aktiviti penyaluran dana kepada kumpulan pengganas di negara ini.
Kaji semula had minimum dasar tukaran asing pengeksport bagi kukuhkan ringgit - DPMM
Nilai eksport negara yang melebihi RM100 bilion setiap bulan adalah satu jumlah besar yang sepatutnya memberi kelebihan kepada permintaan ringgit.
Kenali Palestin melalui buku kanak-kanak 'Story of the Stolen Homes'
Ditulis oleh penulis Uyghur-Perancis, Guzelya Marisova, beliau menulis buku itu sebagai cara untuk menyuarakan kesedihan di dalam hatinya.
'Jawatan TPM dari Sabah, kita tunggu PRU16 nanti' - Ahmad Zahid
Jawatan Timbalan Perdana Menteri yang diberikan kepada Datuk Seri Fadillah Yusof bukan sahaja mewakili Sarawak tetapi portfolio itu adalah untuk mengkordinasikan semua program di Sabah.
Tiga ahli Geng Bacin direman tujuh hari bantu siasatan samun tiga kedai
Tiga anggota Geng Bacin direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan tiga kes rompakan sekitar Melaka Tengah pada Isnin dan Selasa lepas.
AWANI Ringkas: MFL umum Piala Sumbangsih dibatalkan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kementerian Komunikasi kerjasama dengan Meta bangunkan WhatsApp Chatbot, perangi berita palsu
Kemudahan itu berperanan sebagai platform bagi semakan kesahihan fakta dan maklumat oleh pengguna terhadap sebarang mesej yang disebarkan.
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
3 rumah, dua kereta musnah dijilat api di Sungai Siput
Kebakaran itu turut membabitkan dua buah kereta yang musnah 90 peratus.
AS$15 bilion diperlukan untuk bina semula rumah di Gaza
Angka itu menunjukkan kos pembinaan semula jauh lebih kecil berbanding pembangunan semula Gaza dalam konflik sebelum ini.
Rumah, kereta, tiga motosikal musnah dijilat api
Pihak JBPM Perak menerima panggilan berhubung kejadian kebakaran di Kampung Selat Pulau itu pada jam 1.57 pagi.
Projek Rumah SASaR: Anggota ATM lega ada aset sebelum pencen
Anggota TUDM Mej Wan Mohd Ismail berkata, SASaR menyediakan rumah mampu milik kepada anggota dan pegawai dengan harga berpatutan.
Kesedar laksanakan tiga program utama penuhi hasrat generasi kedua miliki rumah
Program Pemajuan Kawasan menyediakan unit rumah dan lot-lot perumahan di tiga lokasi berlainan bagi generasi kedua di kawasan RKT.
11,512 kediaman RM500,000 ke atas di JB, Iskandar Puteri tidak terjual - Exco
Bagaimanapun, pemaju yang terlibat dengan kediaman tidak terjual itu sudah mula mendapat maklum balas positif daripada pembeli warga asing.
Rehda Malaysia harap kerajaan lanjut inisiatif i-Miliki
Inisiatif di bawah Program Pemilikan Rumah kerajaan 2022/2023 atau HOPE itu telah bermula pada 1 Jun 2022 dan akan berakhir menjelang 31 Dis 2023.
Dua kanak-kanak antara tiga maut dalam insiden tembakan
Tiga terbunuh, dua daripada mereka merupakan kanak-kanak berusia 8 dan 9 tahun, dalam kejadian tembakan.
Rumah musnah dijilat api di Teluk Intan
Insiden yang berlaku sekitar jam 10 malam itu bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kehilangan nyawa atau mangsa.