KUALA LUMPUR:Malaysia mencatatkan 11 kes kematian baharu, menjadikan bilangan keseluruhan kes kematian akibat COVID-19 kini sebanyak 689 kes.

Berikut merupakan tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 25 Januari.

1. 3,048 kes baharu COVID-19 direkodkan, jumlah kes keseluruhan kini adalah 186,849 kes.

2. 11 kes kematian baharu dan jumlah kumulatif kini 689 kes.

3. Kes aktif kebolehjangkitan COVID-19 kini mencecah 41,076 kes

4. 261 pesakit sedang dirawat di ICU dengan 101 kes memerlukan bantuan pernafasan.

5. KKM sahkan pertambahan 13 kluster baharu.