awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

11 sekolah di Kelantan ditutup esok akibat banjir

Bernama
Bernama
07/01/2017
13:28 MYT
11 sekolah di Kelantan ditutup esok akibat banjir
Penutupan sekolah terbabit berikutan beberapa faktor iaitu laluan ke sekolah masih ditenggelami banjir, sekolah masih dinaiki air dan sekolah dijadikan pusat pemindahan banjir. - Gambar hiasan
Sebanyak 11 sekolah di Kelantan masih ditutup esok akibat banjir, menurut kenyataan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan.
Menurutnya, enam daripada sekolah itu terletak di daerah Pasir Mas dan lima sekolah di daerah Tumpat.
Sekolah yang ditutup di daerah Pasir Mas ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau Panjang 2, SK Gual Tinggi, SK Gual To' Deh, SK Bakong, SK Gelang Mas dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Diniah Bonggor.
Lima sekolah yang ditutup di daerah Tumpat ialah SK Simpangan, SK Bendang Pak Yong, Sekolah Menengah Agama (SMA) Nurul Huda Kajang Sebidang, SK Teluk Jering dan SK Padang Mandol.
Penutupan sekolah terbabit berikutan beberapa faktor iaitu laluan ke sekolah masih ditenggelami banjir, sekolah masih dinaiki air dan sekolah dijadikan pusat pemindahan banjir, menurutnya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#JPN
#Pasir Mas
#SMA
#Tumpat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan