awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
MBPP aktifkan OPS Payung bagi tangani kesesakan sempena musim cuti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

138 kematian dalam tempoh sembilan hari Op Selamat

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
27/01/2020
04:22 MYT
138 kematian dalam tempoh sembilan hari Op Selamat
Sebanyak 127 kemalangan maut dicatatkan di seluruh negara dalam tempoh sembilan hari Op Selamat 16/2020 sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang dilancarkan Sabtu lalu, membabitkan 138 kematian.
Sebanyak 127 kemalangan maut dicatatkan di seluruh negara dalam tempoh sembilan hari Op Selamat 16/2020 sempena perayaan Tahun Baharu Cina, membabitkan 138 kematian.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, berkata daripada keseluruhan jumlah kematian, pembonceng dan penunggang motosikal mencatat jumlah tertinggi dengan 94 kematian.
Katanya, dalam tempoh sembilan hari, sebanyak 14,087 kemalangan dicatatkan di seluruh negara dengan kemalangan tertinggi dilaporkan berlaku di Selangor membabitkan 4,089 kes, Johor (2,194) dan Kuala Lumpur (1,616).
“Sebanyak 127 kemalangan maut dicatatkan membabitkan 138 kematian, manakala 80 mangsa dilaporkan cedera parah dan 140 lagi cedera ringan.
“Selangor mencatatkan 24 kemalangan maut, Johor dan sarawak masing-masing 16, dengan keseluruhan kenderaan terbabit kemalangan seluruh negara adalah sebanyak 20,889 buah, katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Untuk tempoh sama, katanya sebanyak 233,454 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dengan 62.5 peratus atau 146,008 saman dikeluarkan atas enam kesalahan utama kesalahan jalan raya.
“Kebanyakan saman dikeluarkan atas kesalahan menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak patuh lampu isyarat dan memandu lebih had laju.
“Selain itu, kesalahan memandu di lorong kecemasan, memotong barisan dan memotong di garisan berkembar turut menyumbang kepada jumlah saman tertinggi,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#cedera parah
#cedera ringan
#Datuk Azisman Alias
#jalan raya
#JSPT
#kemalangan maut
#kematian
#kenderaan
#Op Selamat
#Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik
#saman
#Tahun Baharu Cina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan