LANGKAWI: Jabatan Imigresen menahan 164 individu termasuk 30 warga asing yang dipercayai terlibat dengan sindiket penipuan dalam talian menerusi serbuan di tiga pusat peranginan di sini hari ini.
Kesemua mereka berusia lingkungan 18 hingga 35 tahun dengan warga asing itu terdiri daripada 27 warga China, dua Thailand dan seorang Myanmar.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata operasi dilakukan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Putrajaya secara serentak kira-kira 12 tengah hari selepas bertindak hasil maklumat pemimpin tempatan dan masyarakat setempat.
"Hasil risikan selama enam bulan, Jabatan Imigresen berjaya mengesan kegiatan sindiket berkenaan yang beroperasi di pusat-pusat peranginan yang masih belum dibuka kepada orang ramai selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.
"Sindiket yang dipercayai menjalankan kegiatan itu kira-kira setahun lepas, menjadikan pusat peranginan sebagai pusat operasi dan tempat untuk melatih anggota baharu sebagai operator bagi kegiatan sindiket berkenaan," katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata sindiket yang dipercayai didalangi warga China itu turut merekrut warga tempatan untuk menjalankan kegiatan berkenaan.
"Bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, mereka akan berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain selain menetap di satu-satu tempat untuk tempoh antara tiga minggu hingga sebulan.
"Kos operasi sindiket itu dianggarkan sebanyak RM800,000 sebulan yang melibatkan gaji bulanan, penginapan, sewa dewan dan pelbagai kemudahan lain. Hasil siasatan juga mendapati warga Malaysia yang terlibat dibayar RM3,000 sebulan dan komisen sebanyak RM15 bagi setiap orang yang berjaya direkrut," katanya.
Khairul Dzaimee berkata pihaknya turut merampas 756 telefon bimbit, 150 komputer dan komputer riba serta pelbagai peralatan elektronik lain yang disyaki digunakan untuk kegiatan berkenaan.
"Sebanyak 17 pasport warganegara China dirampas dan semakan mendapati mereka menggunakan pasport baharu yang tidak mempunyai rekod perjalanan selain menggunakan pas rawatan perubatan manakala selebihnya tidak mempunyai dokumen yang sah.
Beliau berkata semua warga China itu disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966 manakala warga Malaysia yang terlibat akan diberikan Borang 29 dan ditahan untuk siasatan lanjut.
Katanya pihaknya juga akan menjalankan siasatan terhadap ketiga-tiga pemilik pusat peranginan yang terlibat dalam kes itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 12 2023
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata operasi dilakukan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Putrajaya secara serentak kira-kira 12 tengah hari. - Gambar fail/BERNAMA
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jabatan Imigresen kenal pasti kewujudan koloni pendatang asing di kawasan flat
Jabatan Imigresen mengenal pasti kawasan perumahan khususnya di flat yang perlu pemantauan kerap dalam usaha membanteras kewujudan koloni pendatang asing.
Cuba lolos pemeriksaan Imigresen, warga asing maut jatuh jejantas
Seorang lelaki warga Sri Lanka maut ketika cuba meloloskan diri daripada pemeriksaan pegawai Jabatan Imigresen (JIM) selepas terjatuh dari jejantas pada Khamis.
Imigresen serbu kilang kitar semula barang elektronik, 49 warga asing ditahan
Jabatan Imigresen (JIM) menahan 49 warga asing dan seorang wanita tempatan dalam serbuan di sebuah kilang barangan kitar semula peralatan elektronik di Kawasan Perindustrian Selat Klang Utara.
'Port' khidmat urutan gadis di Bukit Bintang digempur
Operasi kira-kira jam 9.30 malam itu dijalankan sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.
Imigresen tumpas aktiviti pelacuran, tahan 51 warga asing
Jabatan Imigresen menahan 51 warga asing di sebuah pusat pelacuran dalam operasi khas di Jalan Pasar Baru, Kuala Lumpur pada Khamis.
Kilang roti dan aluminium diserbu Imigresen, 52 warga asing ditahan
Serbuan secara berasingan itu, dilakukan sepasukan pegawai daripada Bahagian Penguat Kuasa, kira-kira pukul 11 pagi.
Perdana Menteri tegur imigresen isu kesesakan pelancong di pintu masuk
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegur Jabatan Imigresen berhubung isu kesesakan di pintu masuk negara khususnya di lapangan terbang.
Tiada tindakan pemandu pengangkutan awam bawa warga asing
Jabatan Imigresen Malaysia tidak mengenakan sebarang tindakan kepada pemandu kenderaan awam yang tidak mengetahui status warga asing yang menggunakan perkhidmatan mereka.
Imigresen bongkar kegiatan palsu dokumen didalangi warga Pakistan
Anggota operasi menemukan peralatan elektronik antaranya komputer riba, mesin pencetak dan 246 keping kad plastik keras yang belum bercetak.
Wanita dalang 'pasport terbang' China ditahan
Jabatan Imigresen Johor berjaya menumpaskan sindiket 'pasport terbang susulan penahanan seorang wanita tempatan menerusi Ops Serkap pada Isnin.