Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menarik balik saman terhadap Peguam Negara Tommy Thomas, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Perkara itu dimaklumkan Peguam Kanan Persekutuan, Alice Loke Yee Ching kepada pemberita selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Norhatini Abd Hamid.
Loke bersama Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan, yang turut hadir pada prosiding hari ini bertindak bagi pihak Thomas, Mohd Shukri dan Amar Singh selaku responden.
Loke berkata, mahkamah membenarkan saman itu ditarik balik dengan kebebasan untuk Najib memfailkan tindakan saman yang baharu.
Sementara itu, peguam Badrul Hisham Abdullah yang mewakili Najib ketika dihubungi pemberita mengesahkan penarikan balik saman itu.
Badrul Hisham berkata, pihaknya menarik balik saman itu kerana ia difailkan sebelum Najib dituduh atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalah guna jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta di Mahkamah Tinggi di sini pada 4 Julai lepas.
BACA: Pertuduhan pecah amanah dan rasuah RM42 juta, Najib mengaku tidak bersalah
BACA: Kes Najib Razak: Sidang media Peguam Negara tergendala, bertukar kecoh
Peguam itu memberitahu, pihaknya akan membuat pelarasan berkenaan kes saman sebelum mengemukakan saman baharu berikutan senario semasa selepas pertuduhan dikenakan terhadap Najib.
Pada 30 Jun lepas, Najib memfailkan tiga saman pemula ex-parte (sebelah pihak) secara berasingan bagi memohon deklarasi bahawa pembabitan ketiga-tiga individu itu selaku responden dalam penyiasatan 1MDB adalah tidak sah dan memprejudiskannya selain memohon kos dan perintah lain yang sesuai oleh mahkamah.
Dalam afidavit sokongan yang dikemukakan bersama saman itu, Najib mendakwa Thomas, semasa belum dilantik sebagai Peguam Negara, telah menulis sebuah artikel bertajuk 'Grand Lacerny in 1MDB' pada Julai 2016 dan merumuskan bahawa wang dimasukkan ke akaun peribadi bekas perdana menteri ketika itu adalah wang 1MDB.
Najib mendakwa, pendirian Thomas melalui artikel itu jelas tidak menyukainya dan melahirkan kebimbangannya bahawa Thomas akan mencari jalan untuk mengenakan satu pertuduhan terhadapnya dengan apa alasan sekalipun selain mendakwa Thomas tidak sepatutnya terlibat dalam siasatan 1MDB.
BACA: Lebih banyak pendakwaan dijangka terhadap Najib Razak - Peguam Negara
BACA: Peguam Negara ada kes kukuh terhadap Najib
Bagi saman terhadap Mohd Shukri pula, Najib, yang juga bekas presiden UMNO mendakwa Mohd Shukri telah membuat sidang media berhubung SRC International Sdn Bhd sebaik dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM dan merumuskan bekas perdana menteri itu menerima sejumlah RM42 juta dan RM2.6 bilion sedangkan ketika itu beliau (Najib) belum dipanggil memberi keterangan di SPRM.
"Kenyataan media dibuat Mohd Shukri berunsur dendam dan lebih malang menggambarkan saya sebagai seorang pesalah. Dengan itu, integriti dan profesionalisme beliau boleh dipertikaikan kerana beliau seharusnya bersikap neutral sehingga siasatan penuh dilakukan tetapi memilih untuk menghukum tanpa asas yang kukuh," kata Najib dalam afidavit sokongannya.
BACA: Ini peluang terbaik untuk saya bersihkan nama - Najib
Najib turut mendakwa beliau tidak akan mendapat satu siasatan yang adil dan telus serta percaya sikap yang ditonjolkan Mohd Shukri tidak melayakkan beliau mengetuai pasukan penyiasatan SPRM dan sebagai anggota pasukan petugas khas 1MDB yang ditubuhkan oleh Majlis Penasihat Kerajaan (CEP).
Dalam samannya terhadap Amar Singh, Ahli Parlimen Pekan itu mendakwa serbuan yang dilakukan Amar Singh bersama pasukannya di beberapa premis milik beliau termasuk premis didiami anak-anaknya di Pavilion Residence serta premis yang dipinjam daripada seorang rakan untuk menempatkan barangan yang dipindahkan dari kediaman rasmi di Seri Perdana tidak memenuhi Prosedur Operasi Standard.
BACA: Nilai rampasan dianggar RM900 juta hingga RM1.1 bilion - Amar Singh
Pemohon turut mendakwa Amar Singh tidak layak untuk menjadi penasihat kepada pasukan penyiasatan khas 1MDB selain mendakwa laporan polis telah dibuat secara berasingan terhadap ketiga-tiga responden (Thomas, Mohd Shukri dan Amar Singh). -- Bernama
Bernama
Mon Jul 16 2018
Mahkamah Tinggi membenarkan saman itu ditarik balik dengan kebebasan untuk Najib memfailkan tindakan saman yang baharu. - Astro AWANI/Fail
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
'Saya tidak berdendam, tapi jumpa di akhirat' - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tiada dendam terhadap pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Najib nafi arah pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kes 1MDB: Siasatan terhadap Roger Ng masih berjalan - KPN
Polis masih menjalankan siasatan terhadap bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng, berhubung skandal 1MDB.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.