Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan kepada pihak polis bagi menyiasat tindakan Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan dokumen yang termaktub di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Tegasnya, apa yang dilakukan WSJ adalah suatu tindakan yang sangat serius.
"Gabenor Bank Negara telah membuat laporan polis. Jadi, pihak polis akan menyiasat kes berkenaan. Perkara ini sangat serius kerana menerbitkan dokumen di bawah OSA, ia tindakan yang sangat serius," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn PWTC di sini hari ini.
BACA: Ada yang salah faham dengan usul RUU Persendirian dibentang Hadi
BACA: Kemenangan BN di Sarawak beri kekuatan parti untuk dua PRK- Najib
BACA: Mesyuarat MT UMNO tidak bincang kedudukan Muhyiddin
Justeru katanya, WSJ diharap akan memberikan jawapan berhubung tindakan berkenaan.
Gabenor Bank Negara sebelum itu telah membuat laporan polis terhadap WSJ yang didakwa diklasifikasikan di bawah OSA.
Dalam artikel yang disiarkan pada Khamis, WSJ mendakwa siasatan berhubung 1MDB telah dikompromi oleh tekanan politik.
Rahimah Abdullah
Fri May 27 2016
NAJIB: Perkara ini sangat serius kerana menerbitkan dokumen di bawah OSA, ia tindakan yang sangat serius. - Foto Bernama
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
WSJ dibidas berhubung pembohongan terbaharu
Najib telah ditemuduga pada 5 Dis 2015 oleh badan utama siasatan dalam kes ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
1MDB: Tindakan WSJ dedah dokumen OSA adalah serius - Najib
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan kepada pihak polis bagi menyiasat tindakan Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan dokumen termaktub OSA.