KUALA LUMPUR: Wang berjumlah RM2.6 bilion yang diterima bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kononnya 'derma' daripada Arab Saudi tidak dipulangkan kepada 'pendermanya', sebaliknya dimasukkan ke akaun Tanore Finance Corporation (Tanore).
Itu yang dimaklumkan Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nur Aida Arifin yang juga pegawai penyiasat kes 1MDB di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa.
Ujar beliau, wang berkenaan telah dikembalikan semula ke akaun Tanore pada Ogos 2013.
Saksi pendakwaan ke-49 itu yang menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib pada sesi pemeriksaaan utama berkata, pada 2014, Najib telah menerima sejumlah wang yang dimasukkan ke dalam akaun Am Private Banking miliknya daripada akaun syarikat Blackrock Commodities Global Limited dan juga Vista Equity International Partners.
Nur Aida turut memaklumkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah bahawa sepanjang pemeriksaan dan siasatan dijalankan, pasukan penyiasat tidak menemui sebarang dokumen kepada kerajaan Arab Saudi atau Raja Abdullah yang menunjukkan tanda penghargaan atau terima kasih atas derma yang diberikan.
Selain dua akaun berkenaan, terdapat kemasukan wang daripada dua lagi akaun syarikat iaitu Tanore dan Blackstone Real Estate.
Keempat-empat akaun syarikat ini adalah milik individu bernama Tan Kim Loong dan tidak mempunyai sebarang pertalian dengan kerajaan Arab Saudi.
Menurut saksi itu juga, pada 2011 hingga 2014, wang yang diterima Najib juga bukanlah daripada Raja Abdullah atau kerajaan Arab Saudi, sebaliknya ia berpunca daripada sumber dana 1MDB dan tiada sebarang dokumen atau keterangan yang boleh megesahkan wang tersebut adalah wang derma.
Terlebih dahulu, mahkamah telah diperdengarkan dengan rakaman audio perbualan Najib serta beberapa individu antaranya Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, Tan Sri Syukri Mohd Salleh, Datuk Sri Azeez Rahim, Putra Mahkota Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan, Ketua Eksekutif Mubadala Development Company (MDC), Khaldoon Al-Mubarak dan bekas pegawai khas Najib, Amhari Efendi Nazaruddin.
Astro Awani
Wed Feb 14 2024
Najib dikatakan telah menerima sejumlah wang yang dimasukkan ke dalam akaun Am Private Banking miliknya daripada akaun syarikat Blackrock Commodities Global Limited dan juga Vista Equity International Partners. - Foto fail/BERNAMA
Insiden letupan: Sungai Golok 'dikawal' kereta perisai, dron
Rondaan kereta perisai dan penggunaan dron menjadi usaha terkini Briged Tenggara bagi memastikan kawalan sempadan Malaysia-Thailand di sepanjang Sungai Golok di sini berada pada tahap terbaik.
Apple dilapor bakal ganti iPhone 17 Plus dengan iPhone 17 Slim
Laporan sebelum ini menyatakan iPhone 17 akan menggunakan skrin
SPRM tidak berhasrat tahan Tun M
SPRM tidak berhasrat untuk menahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Tiada aduan sogokan, salah guna jentera kerajaan - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat ini belum lagi menerima aduan rasmi mengenai wujud sogokan kepada pengundi dan salah guna jentera kerajaan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN KKB.
Pengumuman pelaburan Google di Malaysia dalam masa terdekat - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengesahkan satu pengumuman berkenaan pelaburan Google di Malaysia akan dilakukan dalam masa terdekat.
Aksi Sumbangsih JDT, Selangor FC kekal Jumaat ini
Perlawanan Sumbangsih musim 2024/2025 bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah antara JDT dan Selangor FC kekal Jumaat ini.
Kes serangan Akhyar, Faisal tiada kaitan - Polis
Polis berkata, tidak ada hubung kait antara kes samun Akhyar dan Faisal Halim yang disimbah asid.
Kes simbah asid: Tindakan melampau, tidak beradab jangan dibiarkan berulang
Tindakan melampau dan tidak beradab pihak yang terlibat menyimbah asid ke pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim sepatutnya jangan dibiarkan berulang lagi.
Remaja putus kaki nahas depan sekolah
Seorang remaja lelaki putus kaki kirinya selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Budiman di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek, pada Isnin.
Keadaan Faisal kritikal, tangan kiri sukar bergerak
KEADAAN pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim dilaporkan berada dalam keadaan kritikal susulan kesan asid yang disimbah kepadanya dalam kejadian di sebuah pusat beli belah di Petaling Jaya.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
1MDB: Najib tak dedah mengenai pertemuan dengan Raja Arab Saudi ketika siasatan - Saksi
Najib tidak memaklumkan kepada SPRM mengenai pertemuan delegasi Malaysia bersama Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.
1MDB: Pertuduhan terhadap Najib tidak cacat - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa pertuduhan yang dikenakan ke atas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak cacat.
1MDB: 'Wang derma' tak dipulangkan, masuk ke akaun Tanore
Nur Aida Arifin berkata wang berkenaan telah dikembalikan semula ke akaun Tanore pada Ogos 2013.
Najib tidak benarkan AS$3 bilion dibawa pulang dari Switzerland - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin berkata perkara itu diberitahu bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Mohd Hazem Abdul Rahman.