Seramai 2,801 pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong dan Seri Setia akan mengundi pada Selasa ini.
Anggota Suruhanjaya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Md Yusop Mansor berkata, bagi PRK DUN Balakong, seramai 31 pengundi awal terdiri daripada anggota polis akan mengundi di Ruang Legar Kuarters Balai Polis Seri Kembangan.
Pusat pengundian awal itu akan dibuka mulai 8 pagi hingga 12 tengah hari, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagi proses pengundian awal PRK DUN Seri Setia pula, Md Yusop berkata seramai 2,770 pengundi awal terlibat, merangkumi 2,597 anggota tentera serta pasangan mereka dan 173 anggota polis.
Menurut beliau, anggota tentera serta pasangan akan mengundi di Dewan Serba guna Ababil, Pangkalan Udara Subang manakala anggota polis pula akan menunaikan tanggungjawab mereka di Kompleks SMS Polis Diraja Malaysia, Shah Alam.
"Pusat pengundian awal itu akan dibuka mulai 8 pagi hingga 5 petang," katanya.
Md Yusop berkata proses pengundian awal itu akan disaksikan oleh ejen-ejen calon yang bertanding di bahagian-bahagian pilihan raya yang berkenaan.
Di samping itu katanya, pemerhati-pemerhati pilihan raya terdiri daripada wakil organisasi serta pertubuhan bukan kerajaan yang dilantik oleh SPR juga akan turut menyaksikan proses pengundian awal tersebut.
"Untuk makluman, kertas-kertas undi awal tidak akan dikira di tempat mengundi (saluran) pada 4 Sept ini, sebaliknya akan disimpan di tempat yang selamat iaitu di lokap-lokap balai polis.
"Pengiraan kertas-kertas undi awal tersebut hanya akan dijalankan pada 8 Sept ini secara berkelompok di tempat pengiraan undi yang ditetapkan SPR dengan disaksikan oleh ejen-ejen calon masing-masing," katanya.
PRK DUN Balakong dan Seri Setia masing-masing menyaksikan pertandingan satu lawan satu dengan calon Pakatan Harapan (PH), Wong Siew Ki, berdepan calon MCA, Tan Chee Teong, di Balakong sementara di Seri Setia, calon PH, Halimey Abu Bakar, bertembung dengan calon PAS, Dr Halimah Ali.
PRK DUN Balakong diadakan berikutan kematian penyandangnya Eddie Ng Tien Chee dalam kemalangan jalan raya pada 20 Julai lepas manakala PRK DUN Seri Setia susulan kematian penyandangnya Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos lalu akibat kanser usus.
Kedua-dua kawasan tersebut sebelum ini dimenangi oleh PH. -- Bernama
Bernama
Sun Sep 02 2018
PRK DUN Balakong ada 31 pengundi awal manakala seramai 2,770 pengundi awal terlibat dalam PRK DUN Seri Setia. - Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
BN sifatkan kemenangan di Mahkota sebagai manifestasi keyakinan rakyat
BN menyifatkan kemenangan gabungan itu dalam PRK DUN Mahkota, Johor pada Sabtu sebagai manifestasi keyakinan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan negeri.
Kemenangan BN di DUN Mahkota: Cara kempen berubah, ceramah sudah 'tak laku' - Penganalisis
Kemenangan dengan majoriti lebih 20,000 adalah sesuatu yang luar biasa walaupun untuk negeri yang dikatakan kubu kuat UMNO.
Menang majoriti lebih 20,000, BN kekalkan kerusi DUN Mahkota
Syed Hussein memperoleh 27,995 undi, jauh mengatasi Mohamad Haizan Jaafar yang hanya meraih 7,347 undi.
PRK Mahkota: 38.53 peratus mengundi setakat 2 petang - SPR
Sebanyak 38.53 peratus daripada 61,274 pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota selesai mengundi setakat 2 petang ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
PRK Mahkota: 29.08 peratus mengundi setakat 12 tengah hari - SPR
Proses pengundian di 20 pusat mengundi dengan 109 saluran akan berlangsung sehingga 6 petang ini, selepas dibuka pada 8 pagi tadi.
PRK Mahkota: Keputusan dijangka seawal 9 malam ini - SPR
SPR menjangkakan lebih 60 peratus peratusan keluar mengundi kali ini, berbanding 57 peratus pada pilihan raya sebelum ini.
PRK Mahkota: Calon BN selesai mengundi, seru semua pengundi keluar tunai tanggungjawab
Syed Hussien tiba di pusat mengundi SMK Seri Perdana di Kluang pada 8.54 pagi dan selesai mengundi kira-kira 15 minit kemudian.
PRK Mahkota: 20 pusat mengundi dibuka 8 pagi ini
Proses pengundian akan berlangsung sehingga 6 petang, sebelum proses penjumlahan undi dilakukan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di Kluang.
PRK Mahkota: Polis buka satu kertas siasatan
Polis membuka satu kertas siasatan berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota setakat ini.
PRK Mahkota: Pusat mengundi awal dibuka
Proses pengundian awal yang melibatkan 4,510 tentera dan pasangan serta 401 polis akan berlangsung sehingga 5 petang ini.