awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 PKPD di Sabah dan Sarawak ditamatkan esok

Astro Awani
Astro Awani
04/05/2021
12:09 MYT
2 PKPD di Sabah dan Sarawak ditamatkan esok
Kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Rumah Panjang Matthew, Pakan, Sarikei, Sarawak pada 5 Mei 2021, seperti yang dijadualkan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Rumah Panjang Matthew, Pakan, Sarikei, Sarawak, esok seperti yang dijadualkan sebelum ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 16 kes positif COVID-19 telah direkodkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hasil daripada keseluruhan 67 ujian saringan yang dilakukan di rumah panjang tersebut.
"KKM juga mengesahkan terdapat penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala kes terakhir telah direkodkan pada 26 April 2021 iaitu 14 kes," katanya dalam sidang media pada Selasa.
BACA: PKP dilaksanakan di enam daerah di Selangor berkuat kuasa 6 Mei
Dalam pada itu, kerajaan juga menamatkan PKPD di tiga taman perumahan di Lahad Datu, Sabah iaitu Taman Aman 3, Taman Aman Jaya dan Taman Palm Height, Lahad Datu, Sabah, esok seperti yang dijadualkan.
"Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 174 ujian saringan di ketiga-tiga taman tersebut namun hanya tiga kes positif COVID-19 direkodkan.
"KKM juga mengesahkan terdapat penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan," ujarnya.
Dalam pada itu, PKPD di Rumah Panjang Dinggai, Pakan, Sarikei, Sarawak dilanjutkan bermula 6 Mei sehingga 19 Mei 2021.
Sebanyak 21 kes positif telah direkodkan hasil daripada keseluruhan 51 ujian saringan COVID-19 yang dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di rumah panjang tersebut.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#KKM
#Media
#Lahad Datu
#kerajaan
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#menteri
#Malaysia
#COVID-19
#kes positif
#PKP
#PKPD
#ujian saringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan