Kerajaan dijangka tidak mempunyai pilihan selain mengkaji semula pemberian subsidi kepada rakyat pada tahun depan.
Pakar ekonomi, Dr Muhammed Abdul Khalid berkata walaupun kejatuhan harga minyak akan memberi sedikit kelegaan kepada rakyat, namun ia akan memberi kesan secara langsung kepada pendapatan negara.
Tambah beliau yang juga Pengarah Penyelidik Khazanah Research Institute (KRI), jika kerajaan terpaksa menarik semula subsidi, ia sekaligus akan memberi tekanan kepada rakyat seiring peningkatan kos sara hidup masa kini.
"Apabila harga minyak jatuh, pendapatan juga akan berkurang. Mungkin kerajaan akan mengkaji balik subsidi-subsidi (yang akan diberikan kepada rakyat).
"Adakah kita mampu memberi subsidi ataupun tidak. Ini memberi tekanan sekali lagi kepada pengguna," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini pada Rabu.
Malah, katanya beberapa faktor lain akan turut membelenggu rakyat pada tahun 2016 terutama membabitkan nilai pertukaran mata wang dan kos pengangkutan.
"Bagi saya, tahun 2016 amat mencabar. Saya bagi beberapa contoh, kita tengok kos makanan akan lebih meningkat kerana kita tidak nampak pembaikan kepada kadar pertukaran wang Malaysia (Ringgit) kepada nilai Dolar Amerika. Jadi bil import kita akan meningkat.
"Kedua, kos pengangkutan akan naik, tol naik, komuter, ERL...ini menambahkan kos. Ketiga, yang mungkin boleh meredakan sikit kos sara hidup ini, kos minyak dijangka tidak akan naik, yang itu akan mengurangkan sedikit tekanan. Jadi kalau saya nak simpulkan untuk 2016, ia tahun yang amat-amat mencabar," katanya.
Beliau pada masa sama turut mengulas berhubung kenaikan kos makanan termasuk kajian KRI yang melihat trend rakyat Malaysia yang pada masa kini semakin menurun.
Menurutnya, sejak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April lalu, KRI mendapati Indeks Harga Pengguna (Makanan) semakin meningkat.
"Kalau kita tengok indeks pengguna berkurangan kerana harga minyak jatuh, tetapi kalau kita pecah kepada indeks makan, ia semakin meningkat.
"Ada beberapa faktor termasuk GST, pertukaran nilai mata wang Ringgit kepada USD semakin berkurangan. 30 peratus makanan kita diimport, jadi harga makanan jadi semakin mahal.
"Baru-baru ini masa tiga atau empat bulan lalu kita mengalami jerebu. Jadi harga sayur naik 12 peratus, harga ikan naik 6 peratus dan harga buah-buahan pun naik 6 peratus," katanya.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Dec 24 2015
Dr Muhammed Abdul Khalid berkata walaupun kejatuhan harga minyak akan memberi sedikit kelegaan kepada rakyat, namun ia akan memberi kesan secara langsung kepada pendapatan negara. - Gambar fail
Tiada kemungkinan LRT Mutiara dibatalkan - Rafizi
Tiada kemungkinan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang dibatalkan, walaupun terdapat pertukaran kerajaan di peringkat Persekutuan.
“Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah” - YB Pasir Mas
Ahli Parlimen Pasir Mas bertanya apakah jaminan kerajaan untuk fitnah yang ada dalam media sosial tidak berterusan. “Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tenaga hijau dijual kepada Singapura merupakan lebihan TBB negara
Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang dibekalkan kepada Singapura bermula bulan ini adalah lebihan bekalan tenaga elektrik hijau dalam negara yang tidak digunakan ketika ini.
Program Digital Rakyat akan dilancarkan esok
Kementerian Digital akan melancarkan Program Digital Rakyat esok, iaitu platform pembelajaran dalam talian bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat seiring perkembangan ekonomi digital masa kini.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
AWANI Ringkas: KPM cadang perluas kelas hibrid ke 400 sekolah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MOT pinda Akta 333 tangani isu 'mat rempit'
Pindaan itu akan mewujudkan tafsiran lebih jelas berhubung aksi berbahaya mat rempit seperti menunggang motosikal secara melulu atau terlibat dengan perlumbaan haram di atas jalan raya.
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi diterima KPDN dari 1 Jan hingga 30 Nov tahun ini.
Pukul budak perempuan guna kayu, penjaga pusat jagaan anak yatim direman
Permohonan reman ke atas lelaki berusia 59 tahun itu dibuat bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Perlu polisi holistik, mampan tangani masalah miskin bandar - Pakar
Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan adalah berkenaan isu kesihatan mental dan perlindungan sosial.
Ke arah merakyatkan ekonomi
Antara perkara asas dalam menjana ekonomi negara yang lebih baik adalah pendidikan awal kanak-kanak.
Dr Muhammed Abdul Khalid dilantik Penasihat Ekonomi kepada PM
Dr Muhammed Abdul Khalid merupakan pakar ekonomi yang berpengalaman selama lebih 20 tahun di dalam sektor ekonomi dan kewangan.
Negara perlu polisi sesuai tangani situasi rakyat tua, miskin, tiada anak menjelang 2050 - penganalisis
Beliau akui polisi pada masa kini yang tidak memadai memungkinkan wujudnya populasi rakyat Malaysia yang tua, miskin, sakit dan tiada anak.
Pendapatan purata isi rumah Malaysia bertambahbaik pada 2014 - Kajian KRI
Pendapatan median dan purata isi rumah di Malaysia bertambah baik dari tempoh 2012 hingga 2014 dengan pertambahan purata RM1,141.
2016 tahun mencabar, kerajaan mungkin akan kaji semula subsidi - Pakar ekonomi
Kerajaan dijangka tidak mempunyai pilihan selain mengkaji semula pemberian subsidi kepada rakyat tahun depan, kata seorang pakar ekonomi.
Warna ketidaksamaan ekonomi masyarakat Malaysia
Jurang ketidaksamarataan ekonomi rakyat Malaysia semakin ketara antara golongan berpendapatan rendah dan tinggi.
Kerajaan perlu jujur, berani menanggani isu jurang kaya-miskin di M'sia - Tun Daim
Campur tangan kerajaan masih diperlukan dah harus dilakukan dengan segera sebelum adanya ketegangan hubungan antara rakyat Malaysia.
Jurang ketidaksamaan dalam gaji semakin meningkat - Kajian
Kajian mendapati jurang ketidaksamaan dalam gaji, bagi golongan berpendapatan tinggi dan golongan berpendapatan rendah semakin meningkat.