KUALA LUMPUR: Pemberian Insentif Pengeluaran Getah (IPG) telah memberi manfaat kepada 219,429 pekebun kecil dengan pembayaran berjumlah RM481.24 juta sehingga 31 Okt 2023, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata dalam Belanjawan 2024, kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar Paras Harga Pengaktifan (PHP) IPG daripada RM2.70 kepada RM3.00 sekilogram.
"Ini bermakna IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah sekerap kurang daripada RM3.00 sekilogram.
"Kenaikan kadar insentif ini diharap dapat meringankan beban pekebun kecil ketika mana berlakunya ketidaktentuan pasaran harga getah," katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) yang meminta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan sama ada terdapat sebarang perancangan untuk menaikkan harga lantai getah sekerap yang berkadar RM2.70 pada ketika ini sebagai salah satu langkah membantu golongan penoreh getah.
Program IPG ini telah dilaksanakan bermula September 2015.
Fadillah berkata seperti komoditi lain, getah asli berorientasikan eksport dan harga getah adalah dipengaruhi oleh pelbagai faktor terutamanya penawaran dan permintaan getah dunia.
"Intervensi daripada kerajaan adalah tidak mudah dan pada tahap yang minimum kerana industri getah negara adalah berorientasikan eksport dan pengeluaran negara juga adalah hanya sekitar 3.3 peratus daripada jumlah pengeluaran dunia," katanya.
Bagaimanapun, katanya kerajaan akan terus giat membantu pekebun kecil yang terkesan akibat penurunan dan ketidakstabilan harga getah di pasaran melalui pelaksanaan strategi seperti bekerjasama dengan negara-negara pengeluar getah utama dunia di bawah kerangka Majlis Getah Tiga Pihak Antarabangsa (ITRC) dan Persatuan Negara-negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC).
Beliau berkata pengenalan Mekanisme Harga Getah Untuk Kesinambungan Hidup Pekebun Kecil di peringkat antarabangsa adalah dalam peringkat cadangan bagi memberikan manfaat kepada pekebun kecil.
"Usaha ini untuk membenarkan harga getah asli berada dalam julat harga yang telah ditetapkan untuk mengurangkan ketidaktentuan harga getah dunia," katanya.
Dalam pada itu, Fadillah berkata MPOB sedang melaksanakan Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) dan Skim Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS), khususnya kepada pekebun kecil sawit persendirian yang layak dan memenuhi syarat permohonan.
"Bantuan ini untuk meringankan beban kewangan oleh pekebun kecil sawit untuk melaksanakan aktiviti penanaman semula sawit.
"Kementerian berharap inisiatif berbentuk Skim TSPKS dan IPPKS ini akan dapat membantu pekebun kecil sawit persendirian di negara ini yang berjumlah seramai 213,456 orang bagi meningkatkan hasil buah tandan segar (BTS) dan seterusnya meningkatkan pendapatan mereka," katanya.
Beliau menjawab soalan Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) yang ingin tahu sama ada kerajaan dapat membantu pekebun kecil untuk bantuan tanaman sawit melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) seperti bantuan tanaman semula getah oleh RISDA.
Fadillah berkata kerajaan juga telah mengumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2024 untuk menyediakan Insentif Program Tanam Semula Sawit dengan peruntukan sebanyak RM100 juta, yang akan ditawarkan secara geran dan pinjaman kepada pekebun kecil sawit persendirian yang layak.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 23 2023
Fadillah berkata dalam Belanjawan 2024, kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar PHP IPG daripada RM2.70 kepada RM3.00 sekilogram. - Gambar fail/Bernama
TPM, menteri Kabinet zahir ucapan tahniah sempena ulang tahun keputeraan rasmi Agong
Menteri Kabinet menerusi media sosial masing-masing merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini.
Pantau Belanjawan: China lanjutkan tempoh pengecualian visa, apa manfaat ekonomi?
Setiausaha Agung, Gabungan Persatuan-Persatuan Pelancongan Malaysia (MTF), Dr Sri Ganesh Michiel kupas lanjut berkenaan isu dan bagaimana ia memberi impak kepada sektor pelancongan negara.
AWANI Ringkas: Keciciran calon SPM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Jiwai, amal roh Islam dalam pembangunan negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kod QR di BSI dilaksana dua minggu lagi
Pemeriksaan imigresen menggunakan kod QR bagi aplikasi MyRentas di pintu masuk Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dekat sini, dijangka mula beroperasi dalam tempoh dua minggu akan datang.
Lai Pei Jing jadi mangsa sindiket penipuan, wang simpanan lesap
Pemain berusia 31 tahun itu berkongsi insiden malang yang menimpa dirinya di media sosial.
Kereta terbabas di bulatan, pemandu Nissan GT-R maut
Seorang pemandu Nissan GT-R maut manakala penumpangnya cedera selepas kenderaan dinaiki terbabas di bulatan Kampung Sungai Melayu, pada Ahad.
SUV rempuh parkir gereja: 'Tiada unsur sabotaj, henti spekulasi' - Polis
Insiden sebuah SUV yang hilang kawalan sebelum terbabas dalam kawasan parkir Gereja St Ignatius, Petaling Jaya tidak melibatkan unsur sabotaj atau khianat.
Intervensi bukan kaedah baharu, mampu kurangkan keciciran calon SPM - Wong
Langkah itu lebih bersifat pemujukan dan memberi kesedaran kepada setiap calon berkaitan kepentingan menduduki peperiksaan tersebut.
Pasang CCTV lindung tukang jahit warga asing
Kesemua tahanan akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik, Kedah selepas selesai proses dokumentasi.
RISDA usaha selesaikan 12,385 hektar kebun getah tidak bertoreh tahun ini
Hal ini bertujuan untuk memajukan semula sektor itu, selain membantu penoreh getah meningkatkan pendapatan mereka.
RISDA peruntuk RM74.46 juta tingkatkan pendapatan pekebun kecil
Daripada jumlah itu, sebanyak RM44.46 juta adalah untuk Program Aktiviti Ekonomi Tambahan dan Keusahawanan.
Bajet 2023: RISDA mohon bantuan musim tengkujuh ditingkatkan
Tahun lepas, RISDA memperuntukkan RM191 juta BMT kepada setiap pekebun kecil yang memiliki keluasan kebun getah kurang daripada 2.5 hektar.
Dua menara telekomunikasi baharu untuk penduduk DUN Slim
Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kedua-dua menara tersebut dijangka beroperasi menjelang suku kedua tahun 2021.
11 kakitangan RISDA dihadap ke mahkamah buat tuntutan palsu
Semua mereka mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Noriah Osman.
Belanjawan 2020: Pastikan insentif untuk petani sampai kepada golongan sasar
Pergetah Kedah berkata ini kerana ada bantuan sebelum ini tidak sampai kepada pihak yang sepatutnya kerana beberapa isu.
PM Najib umum 'duit raya' berjumlah RM106.81 juta kepada 33,864 pekebun kecil
Jumlah tersebut merangkumi 16,080 peserta Rancangan Tanaman Baharu Berkelompok (RTBB) sebanyak RM38.16 juta dan 17,784 peserta Tanam Semula Komersial (TSK) sebanyak RM68.64 juta.