KUALA LUMPUR: Sebanyak 25 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dalam operasi bersepadu Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sekitar ibu kota bermula Sabtu hingga pagi Ahad.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa dalam kenyataan berkata operasi itu dijalankan oleh Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik kontinjen berkenaan melibatkan 12 pegawai dan 147 anggota polis, bermula 10 malam dan berakhir 7 pagi semalam.
Beliau berkata kesemua yang ditahan berumur 19 hingga 53 tahun dan seramai 13 daripada mereka ditahan mengikut Seksyen 45(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.
"Sepuluh individu ditahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dua individu ditahan mengikut Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memalsukan nombor pendaftaran kenderaan.
"Dalam operasi bersepadu berkenaan yang dijalankan di sekitar pusat bandar antaranya di Jalan Tun Razak, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Bangsar dan Jalan Kampung Pandan, polis turut mengeluarkan sebanyak 619 saman dan menyita 171 motosikal dan 63 kereta," katanya.
Beliau berkata kenderaan terbabit disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana melakukan pengubahsuaian terhadap ekzos dan enjin serta akan menjalani pemeriksaan semula oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.
Polis Kontinjen Kuala Lumpur katanya akan terus mempertingkatkan operasi pada hujung minggu bagi mencegah dan membanteras aktiviti tidak sihat selain bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 05 2024
RUSDI: Dalam operasi bersepadu berkenaan, polis turut mengeluarkan sebanyak 619 saman dan menyita 171 motosikal dan 63 kereta. - Gambar fail/BERNAMA
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ESSCOM tahan 37 individu dalam operasi bersepadu di Kalabakan
Sebanyak 37 individu ditahan melibatkan pelbagai kesalahan dalam operasi Pos Pemeriksaan Darat (RCP) di bawah ESSCOM.
25 ditahan dalam operasi bersepadu Polis Kuala Lumpur
Operasi berkenaan melibatkan 12 pegawai dan 147 anggota polis, bermula 10 malam Sabtu dan berakhir 7 pagi Ahad.
Imigresen, JPJ tahan 74 pendatang dalam operasi bersepadu
Jabatan Imigresen Kelantan menahan 74 pendatang tanpa izin dalam operasi bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pagi tadi.
KKM laksana operasi Ramadan, pastikan keselamatan makanan terjamin
Kementerian Kesihatan (KKM) akan melaksanakan Operasi Ramadan 2024 serentak di seluruh negara di semua premis makanan termasuk bazar Ramadan.
DBKL arah tutup premis makanan kotor, jijik
DBKL berkata, penutupan premis itu susulan Operasi Sepadu Bersih yang dijalankan sekitar Lembah Pantai, Seputeh, Cheras dan Bukit Bintang.
Jeti haram di perairan Perlis bertambah, sukarkan pemantauan pasukan keselamatan
Kewujudan jeti haram di sekitar perairan Perlis menyukarkan pasukan keselamatan memantau aktiviti berkaitan penyeludupan bahan terlarang di perairan negeri itu.
Tiada lagi acara pelepasan konvoi penguatkuasaan jalan raya - Anthony
Katanya, ia adalah penting bagi menggalakkan rakyat mengamalkan budaya keselamatan sepanjang masa dan bukannya bermusim.
Johor akan bantu mudah cara selesai isu pemandu lori - Exco
Kerajaan Johor akan membantu memudah cara bagi menyelesaikan beberapa isu dibangkitkan pengusaha dan pemandu lori di negeri ini.
Op BPT periksa pengilang, pemborong padi dan beras bermula hari ini
Pemeriksaan di peringkat pengilang dan pemborong padi dan beras di seluruh negara menerusi Operasi Bersepadu Beras Putih Tempatan (OP BPT) bermula hari ini.
Lima pasangan dicekup di hotel, rumah urut
Sebanyak lima pasangan ditahan dalam Operasi Penguatkuasaan Pencegahan Maksiat di sekitar bandar raya Johor Bahru, pada awal pagi Rabu.