awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

29 ditahan, 'markas' sindiket penipuan pelaburan 'online' di Bukit Bintang lumpuh

Bernama
Bernama
09/09/2023
09:55 MYT
29 ditahan, 'markas' sindiket penipuan pelaburan 'online' di Bukit Bintang lumpuh
Kesemua yang berusia antara 23 hingga 53 tahun termasuk enam rakyat asing itu ditahan pada 3.40 petang. - Gambar/ Polis KL
KUALA LUMPUR: Sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang beroperasi di sebuah pejabat mewah dengan kadar sewa bulanan RM17,400 lumpuh apabila polis menahan 29 individu dalam serbuan di Jalan Pudu, Bukit Bintang di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata kesemua yang berusia antara 23 hingga 53 tahun termasuk enam rakyat asing itu ditahan pada 3.40 petang.
Beliau berkata polis turut merampas sejumlah telefon bimbit, komputer riba serta beberapa peralatan elektronik lain.
"Siasatan mendapati sindiket ini menyasarkan mangsa di luar negara dan menjalankan operasi di pejabat terbabit kira-kira dua bulan.
"Siasatan mendapati semua individu itu mempunyai peranan antaranya sebagai pegawai khidmat pelanggan yang menawarkan pelaburan forex, komoditi, saham, indeks dan mata wang kripto tidak wujud melalui medium live chatting (komunikasi secara langsung)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Noor Dellhan siasatan mendapati bayaran gaji yang ditawarkan adalah sekitar RM2,000 hingga RM10,000 sebulan tidak termasuk komisen berdasarkan peranan yang diberikan.
Katanya dua daripada mereka yang berperanan sebagai pengurus didapati mempunyai rekod jenayah manakala kesemua yang ditahan direman hingga Isnin ini bagi siasatan mengikut Seksyen 120(B)/420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket penipuan
#online scam
#Bukit Bintang
#modus operandi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan