Sebanyak 35 kematian akibat kebakaran dicatatkan di Sabah tahun lalu.
Sehubungan itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Kamarulzaman Malik Abdullah berkata, pihaknya bertekad mengadakan pelbagai kempen dan program tahun ini bagi mengurangkan kadar berkenaan.
"Kalau kita melihat kepada statistik tahun lepas, memang berlaku peningkatan kematian akibat kebakaran. Kita catatkan sebanyak 35 kematian.
"Jadi, pada tahun ini, kita berazam untuk mengurangkan insiden kematian akibat kebakaran.
"Kita ada program bomba bersama masyarakat. Kita ada kempen 1 Rapi (1 Rumah 1 Pemadam Api) dan juga kempen di musim perayaan," katanya.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media sempena Program Apresiasi Bomba Bersama Media Sandakan, di sini, malam tadi.
BACA: Seorang maut dalam kebakaran besar rumah, tadika di Tongod
BACA: Lima maut dijilat api, jiran nampak mangsa berlari keluar dengan separuh badan terbakar
Mengulas lanjut, Kamarulzaman berkata, kebakaran membabitkan rumah sehingga membawa kepada kejadian maut rentung adalah yang tertinggi direkodkan di negeri ini.
"Kita juga mengesan ia berlaku pada waktu malam. Antaranya, kes kematian pada awal dan hujung tahun lalu.
"Ia membabitkan lima sekeluarga sekali gus," katanya merujuk kepada kematian lima sekeluarga di Tenom akibat kebakaran pada 31 Disember lalu.
"Justeru, pihak JBPM Sabah bertekad mempergiatkan kempen dan program untuk tahun ini," tambahnya.
VIDEO: Asrama terbakar, pelajar tahfiz di Tuaran hilang tempat berlindung
Radhi Muslim
Mon Jan 13 2020

Kamarulzaman berkata, kebanyakan kematian akibat kebakaran adalah membabitkan kes yang berlaku di rumah kediaman. - Astro AWANI

Parti pembangkang India mahu Adani Group disiasat
Tuntutan parti pembangkang supaya isu itu dibincangkan di parlimen ditolak.

Pakej internet murah: Perlu tingkat kualiti perkhidmatan di Sabah
Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap akan tidak begitu bermakna sekiranya liputan internet masih tidak mencapai tahap yang memuaskan.

Pemain industri makanan perlu kerjasama jayakan pelaksanaan Menu Rahmah
Pengusaha makanan dan minuman perlu bekerjasama dalam menjayakan seruan kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup menerusi pelaksanaan Program Menu Rahmah.

Bekas CEO CAAM kini CEO penerbangan Kumpulan Berjaya
Berjaya Land Bhd melantik Datuk Kapten Chester Voo sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) bagi penerbangan kumpulannya.

Tze Yong wakil tunggal negara di Thailand Masters
Ng Tze Yong, menjadi wakil tunggal negara yang meneruskan perjuangan dalam saingan Thailand Masters.

Politik Pakistan | Polis Pakistan tahan bekas Menteri Kabinet Imran Khan
Polis Pakistan menahan ahli politik terkenal negara itu Sheikh Rashid Ahmed, Penahanan dibuat beberapa hari selepas beliau menuduh menuduh bekas Presiden Asif Ali Zardari terlibat cubaan membunuh bekas Perdana Menteri Imran Khan.

10 Berita Pilihan - (02 Februari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Stadium Shah Alam | Kos akan diperincikan selepas selesai sesi libat urus
Kos pembangunan semula Stadium Shah Alam akan diperincikan selepas pameran dan sesi libat urus awam berkaitan stadium itu selesai, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Letupan Masjid | Pengebom bunuh diri berpakaian seragam polis
Pasukan penyiasat Pakistan mengesahkan pengebom bunuh diri di sebuah masjid di Peshawar memakai seragam pihak berkuasa itu ketika melancarkan serangan terbabit. Perkembangan mengenai tragedi yang mengorbankan hampir 100 nyawa itu dimaklumkan ketua polis daerah Khyber Pakhtun-Khwa, Moazzam Jah Ansari.

Ibadah Umrah | Hanya 10 peratus tiket dijual kepada jemaah Indonesia - MOTAC
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengesahkan Amal By Malaysia Airlines, cabang penerbangan haji dan umrah yang dikendalikan Malaysia Airlines, hanya menjual 10 peratus daripada jumlah keseluruhan kapasiti tiket umrah kepada jemaah Indonesia. MOTAC dalam kenyataan hari ini memaklumkan 90 peratus kapasiti tiket berkenaan ditawarkan kepada jemaah Malaysia dan dilihat mencukupi untuk ditempah oleh agensi pengurusan umrah tempatan yang dilesenkan kementerian itu.

Beruang matahari tersesat gigit anggota bomba berjaya ditangkap
Seekor beruang matahari dipercayai tersesat di kawasan sawah di Kampung Selengkoh, Yan, berjaya ditangkap sekitar 1 tengah hari tadi.

Jangan tangkap beruang matahari yang sesat, pesanan Perhilitan pada penduduk Yan
Beruang matahari itu yang bertindak agresif berkemungkinan berada dalam keadaan lapar dan terancam.

Pegawai bomba bantuan cedera diserang beruang
Mangsa terputus urat pergelangan tangan ketika cuba mengepung beruang.

Pendaki wanita sesat di Bukit Tabur ditemukan selamat selepas dua hari hilang
Pendaki wanita yang dilaporkan sesat ketika mendaki Bukit Tabur pada Ahad ditemui dalam keadaan selamat.

Bomba sukarela, komuniti cara terbaik tangani kecemasan peringkat awal di pedalaman
Penduduk di pedalaman Sarawak digalak menubuhkan pasukan sukarela supaya dapat memberi tindakan awal apabila berlaku kecemasan.

Lelaki Thailand hilang tiga hari lalu ditemukan lemas
Mayat Othman Sapie, 59, ditemukan jam 9.58 pagi pada jarak 800 meter dari lokasi dia dipercayai hilang.

Lima gerai di Medan Selera Sri Kendong terbakar
Dua unit gerai terbakar sepenuhnya manakala tiga lagi terbakar 80 peratus.

Ular sawa dua meter 'hadir' ke sekolah
Ular seberat 10 kilogram itu berada di dalam longkang berhampiran kelas pelajar darjah enam.

Kira-kira 600 kekosongan jawatan dalam perkhidmatan bomba
Kekosongan jawatan itu akan diisi secara berperingkat bagi menambah kekuatan 14,500 pegawai dan anggota di seluruh negara pada masa ini.

Tiga rumah di Kuala Muda musnah dijilat api
Kebakaran membabitkan tiga rumah kelas B yang terletak berhadapan Masjid Al Hidayah di Kuala Muda.