awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4 bazar Ramadan di Ipoh laksana MySave Food, elak makanan terbuang

Aida Aziz
Aida Aziz
22/03/2024
03:00 MYT
4 bazar Ramadan di Ipoh laksana MySave Food, elak makanan terbuang
Sebanyak 208.10 kilogram (kg) makanan dan 322 kg minuman berjaya dikutip di dua lokasi bazar Ramadan di bandar raya ini sepanjang program ‘MySave Food’ dilaksanakan.
IPOH: Sebanyak 208.10 kilogram (kg) makanan dan 322 kg minuman berjaya dikutip di dua lokasi bazar Ramadan di bandar raya ini sepanjang program ‘MySave Food’ dilaksanakan.
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam kenyataan memaklumkan, inisiatif yang dipacu bersama Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia Negeri Perak itu berjaya mengelakkan pembaziran makanan selain membantu golongan sasaran.
"Sehingga 20 Mac, sebanyak 208.10 kg makanan dan 322 kg lagi minuman berjaya dikutip dari dua lokasi iaitu bazar di Stadium Perak (18-20 Mac) dan Taman Cempaka (14-16 Mac).
"Manakala selepas ini jumlah kutipan itu akan bertambah dengan pelaksanaan di dua lagi lokasi iaitu bazar Taman Perpaduan (23-25 Mac) dan Taman Silibin (27-29 Mac)," kata MBI.
Lebihan makanan yang tidak terjual oleh peniaga bazar akan dikutip dan diagih kepada golongan yang memerlukan.
Lebihan makanan yang tidak terjual oleh peniaga bazar akan dikutip dan diagih kepada golongan yang memerlukan.
Jelas MBI, menerusi program itu lebihan makanan yang tidak terjual oleh peniaga bazar akan dikutip oleh sukarelawan daripada pertubuhan berkenaan untuk dihantar dan diagih kepada golongan yang memerlukan.
"Sebelum diagih, makanan dan minuman tersebut akan diperiksa sama ada dalam keadaan baik dan selamat untuk dimakan, ditimbang dan dihantar kepada kumpulan sasaran.
"Program ini melibatkan seramai 71 sukarelawan dari Gema Malaysia, pelajar UniKL RCMP, Quest University dan orang awam," katanya.
Sementara itu, dalam tempoh seminggu program dilaksana, seramai 144 orang termasuk penduduk Taman Cempaka, Flat Sri Kepayang, pelajar asrama, gelandangan dan orang ramai mendapat manfaat.
"Makanan berkenaan akan dihantar oleh sukarelawan seawal mungkin ke lokasi yang memerlukan dan telah dikenal pasti.
"Sebagai tambahan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak juga akan mengadakan program sama di bazar Stadium Perak bermula 21 hingga 28 Mac dengan kerjasama Sukarelawan Anak Muda Malaysia (SASTRIA)," katanya lagi.
Dapatkan waktu berbuka, imsak, kalkulator zakat, artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#jendela ramadan
#Bazar Ramadan
#MySave Food
#Majlis Bandaraya Ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan