SEBELUM memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
1. Terkini koronavirus
Korban koronavirus di China kini 811 orang.
Angka rasmi itu disahkan pihak berkuasa China setakat Ahad.
Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China rekodkan 89 lagi kematian pada Sabtu. Ini menjadikan kematian akibat wabak itu melebihi angka kematian akibat Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).
Lebih 37,000 kes positif koronavirus direkodkan dengan virus kini merebak ke sekurang-kurangnya 27 negara.
Ikuti perkembangan terkini dari semasa ke semasa di LAPOR LANGSUNG.
2. Anugerah Oscars
Jam 9 pagi ini bakal berlangsungnya kemuncak Anugerah Akademi atau Oscars.
Tumpuan tahun ini sudah tentu kepada trofi Filem Terbaik.
Kemuncak Oscars boleh ditonton secara eksklusif di Hello (saluran 110) serta Astro Ria (saluran 104) bermula pukul 9 pagi.
Astro juga menyediakan tayangan istimewa tujuh buah filem yang tercalon dalam majlis anugerah berkenaan.
3. Dera budak
Seorang kanak kanak perempuan berusia 11 tahun cedera teruk di bahagian mata dan muka dipercayai didera ibu tirinya dalam kejadian di Flat Ampang Jajar, Permatang Pauh, petang Ahad.
Mangsa diselamatkan selepas jiran membuat aduan berhubung keadaannya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan mengesahkan menahan bapa dan ibu tiri mangsa untuk siasatan lanjut.
4. Ringgit menyusut
Ringgit dijangka terus menyusut berbanding dolar Amerika pada minggu ini.
Ini susulan pengukuhan mata wang ekonomi terbesar dunia itu dan impak penularan 2019 novel koronavirus.
Menurut ketua pakar ekonomi Bank Islam Malaysia, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, pelabur dijangka mengelak risiko secara aktif dalam jangka masa terdekat.
Ini menyebabkan permintaan bagi mata wang selamat melonjak.
5. Sukan bola sepak
Sheffield United lonjak ke tangga kelima liga selepas mencatatkan kemenangan ke atas Bournemouth.
Tuan rumah bagaimanapun dikejutkan dengan gol pelawat pada minit ke-13 menerusi Callum Wilson.
Dua gol masing-masing pada minit ke-45 dan 84 berjaya menyelamatkan Sheffield.
Kemenangan secara tidak langsung mencerahkan peluang Sheffield United mengintai peluang ke Liga Juara-Juara Eropah.
Astro Awani
Sun Feb 09 2020
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
5 topik untuk sembang hari ini