awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

5 topik untuk sembang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
19/02/2020
00:03 MYT
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
SEBELUM memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu:
1. Perginya Ashraf Sinclair
Awal pagi Selasa, dunia hiburan dikejutkan dengan berita kematian pelakon Ashraf Daniel Mohammed Sinclair, atau Ashraf Sinclair, yang meninggal akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia.
Kejadian disahkan Doddy, iaitu pengurus isteri Ashraf, Bunga Citra Lestari, seorang aktres Indonesia.
Desas-desus mengenai tahap kesihatan arwah mula diperkatakan apabila pemergiannya boleh dikatakan terlalu awal, iaitu pada usia yang baru mencapai 40 tahun.
Namun, menurut Doddy, Ashraf tidak menghidap sebarang penyakit.
Jenazah pelakon itu dikebumikan selepas waktu Asar di tanah perkuburan San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat.
Ramai rakan artis dan peminat menyebut-nyebut kebaikan beliau termasuk Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman di Jakarta yang mengakui arwah merupakan antara penyumbang tetapnya.
Anak-anak di yayasan berkenaan turut bersedih apabila dimaklumkan mengenai pemergian pelakon itu yang disifatkan "baik hati dan tidak segan menyapa".
2. Terkini koronavirus
Terkini mengenai COVID-19, China dan negara-negara ASEAN akan mengadakan mesyuarat khas selama tiga hari bermula hari ini di Laos bagi membincangkan mengenai penyakit akibat koronavirus itu dengan lebih mendalam.
Di peringkat global, lebih 74,000 kes positif jangkitan COVID-19 dilaporkan, dengan lebih 2,000 kematian, majoritinya di China.
Pada masa sama, berita baik turut dilaporkan di mana semakin ramai yang pulih sepenuhnya setelah menerima rawatan, jumlah keseluruhannya 13,818 di seluruh dunia.
3. Pengalaman petugas Malaysia
Di Malaysia, turut dilaporkan, pengalaman kakitangan perubatan dan perkhidmatan berkaitan lain yang turut dikuarantin sebaik memulakan tugas di Pusat Pemantauan Dalaman di AKEPT, Nilai, Negeri Sembilan, mulai 4 Feb lalu hingga semalam.
Mereka yang terdiri daripada 158 petugas termasuk pegawai perubatan, kakitangan NADMA, anggota polis dan kakitangan JKM berdepan tugas berat memberikan khidmat secara cermat dan teliti dalam penjagaan 107 rakyat Malaysia dan beberapa waris bukan warga negara sepanjang tempoh 14 hari itu.
4. Saham Apple jatuh
Saham Apple jatuh lebih 3 peratus dalam dagangan Selasa, susulan kenyataannya berkenaan operasi dan jualannya di China.
Situasi itu turut mengheret turun saham pembekal di serata dunia.
Sebelum ini, syarikat teknologi itu memberi amaran kepada pelaburnya yang ia mungkin tidak mencapai sasaran kewangan untuk suku kedua.
Ia susulan pengeluaran dan jualan iPhone yang terkesan akibat penularan COVID-19 di China.
5. Keputusan Liga Juara-juara Eropah
Atletico Madrid 1 - 0 Liverpool Borussia Dortmund 2 - 1 Paris Saint-Germain
Topic Berkaitan
#5 topik untuk sembang hari ini
#AKEPT
#Apple
#Ashraf Sinclair
#China
#coronavirus
#COVID-19
#Liga Juara-Juara Eropah
#saham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan