SEBELUM memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.


1. Terkini Covid-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat empat kes baharu dilaporkan sehingga pukul 12 tengah hari pada Ahad.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, pertambahan empat kes ini menjadikan jumlah mereka yang terbabit dengan virus ini adalah sebanyak 29 kes.

Program realiti kembara perlumbaan 'The Amazing Race' digantung pembikinannya buat sementara waktu gara-gara penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia.

Seorang lelaki berusia 35 tahun dilaporkan meninggal dunia di Thailand, menjadikan kematian pertama di negara itu akibat COVID-19.


2. Serangan terhadap Tian Chua

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan kekesalannya terhadap kekecohan yang berlaku di luar ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang tadi di mana Naib Presiden Tian Chua diserang segelintir penyokong parti.

Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Ahad menyifatkan serangan terhadap Naib Presiden PKR Tian Chua semata-mata kerana perbezaan pandangan dan pendapat mencerminkan bagaimana parti itu telah diseludupi budaya gengsterisme dan keganasan.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hari ini menzahirkan ucapan takziah dan simpati terhadap Naib Presiden PKR, Tian Chua selepas dikasari penyokong parti itu awal hari ini.

Pada Ahad, puluhan penyokong parti mengamuk, menghambur kata-kata kesat termasuk 'anjing' dan 'pengkhianat' terhadap Tian Chua selain membaling botol air dan menamparnya ketika beliau hendak memasuki kenderaan.


3. Surat desak adakan sidang khas

Satu surat bagi mendesak Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengadakan sidang Dewan Rakyat khas akan dihantar hari ini.

Ketua Whip Pakatan Harapan (PH) Datuk Johari Abdul berkata surat itu akan dihantar oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.



4. Kabinet Muhyiddin

Selepas dilantik menjadi Perdana Menteri ke-8 semalam, tumpuan kini terarah kepada bagaimana bentuk kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin nanti.

Bagaimanapun, saranan paling banyak dilontarkan ialah beliau wajar mempertimbangkan kepada faktor kelayakan dan bakat yang ada pada bakal pemimpin bukannya dipilih kerana hadiah politik.



5. Sukan bola sepak

Ligue 1
Bordeaux 1 - 1 Nice
Lyon 2 - 0 St. Etienne

Serie A
Cagliari 3 - 4 AS Roma

LaLiga
Cagliari 3 - 4 AS Roma
Real Madrid 2 - 0 Barcelona