awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

50 motosikal disita dalam operasi bendung samseng jalanan

Bernama
Bernama
26/11/2023
04:30 MYT
50 motosikal disita dalam operasi bendung samseng jalanan
Operasi tiga jam bermula 2 pagi itu bagi membendung samseng jalanan dan membanteras kegiatan mat rempit. - Gambar/ PDRM
BALIK PULAU: Polis menyita sebanyak 50 motosikal dalam Ops Bersepadu Samseng Jalanan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Bayan Lepas, di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata operasi tiga jam bermula 2 pagi itu bagi membendung samseng jalanan dan membanteras kegiatan mat rempit.
Beliau berkata operasi itu dijalankan oleh dua pegawai dan 18 anggota polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Barat Daya bersama seorang pegawai dan 14 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang.
"Sebanyak 50 buah motosikal telah disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1986 dan sebuah motosikal dirampas serta disiasat di bawah Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1986 kerana memalsukan nombor pendaftaran.
"Dalam operasi itu, pihak polis turut mengeluarkan sebanyak 144 saman kerana pelbagai kesalahan lalu lintas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Operasi itu juga katanya bertujuan memastikan penunggang motosikal sentiasa mematuhi peraturan dan kenderaan mereka mengikut spesifikasi ditetapkan.
"Pihak polis bersama JPJ akan menjalankan operasi seperti itu dari semasa ke semasa bagi mencegah kegiatan samseng jalanan yang sering mengganggu ketenteraman awam dan berbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mat rempit
#pulau pinang
#samseng jalanan
#operasi polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan