Kesemua 512 pelajar yang dikesan menghidap penyakit seperti influenza (ILI) di Perak semakin pulih dan tiada kes baharu yang direkodkan sepanjang tempoh 24 jam lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Integrasi Nasional, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata 245 pelajar dari enam sekolah sebelum ini yang diisolasikan di dalam bilik asrama akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dalam masa terdekat, manakala tiga lagi pelajar yang dirawat di hospital telah dibenarkan keluar.
“Seperti kita katakan sebelum ini ia hanya selesema bermusim dan tiada apa yang perlu dirisaukan atau panik mengenai wabak ini.
“Salah satu perkara yang kita perlu mengambil iktibar daripada kejadian ini ialah penjagaan kebersihan itu amat penting, jika tidak perkara ini akan berlaku lagi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2017 peringkat negeri, di sini, pada Rabu.
Namun, beliau berkata Jabatan Kesihatan negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah masih lagi meneruskan pemantauan di semua sekolah mengenai jangkitan berkenaan.
“Kita juga memberi pendidikan kesihatan kepada mereka, guru dan murid-murid berkenaan langkah-langkah pencegahan ILI.
“Kepada mereka yang mempunyai gejala ILI seperti demam, batuk dan sakit tekak perlu mendapatkan rawatan segera, jangan tunggu,” ujar beliau.
Pada Selasa, sebanyak 512 pelajar telah dikesan menghidap ILI membabitkan 230 dari Sekolah Menengah Raja Perempuan Taayah, 87 dari Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib, tiga dari Sekolah Kebangsaan Klebang Jaya, 115 dari Sekolah Tuanku Abdul Rahmah, 25 dari Sekolah Izzudin Shah, 13 dari Kolej Vokasional Slim River, 13 dari Sekolah Menengah Agama Sultan Azlan Shah, dan 16 dari Sekolah Menengah Agama Darul Ridzuan.
Astro Awani
Wed Mar 15 2017
Kesemua 512 pelajar yang dikesan menghidap penyakit seperti influenza (ILI) di Perak semakin pulih dan tiada kes baharu yang direkodkan sepanjang tempoh 24 jam lalu. -Gambar fail
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Kes HFMD dan wabak jangkitan salur pernafasan di Johor meningkat
Kes kumulatif bagi penyakit tangan, kaki dan Mulut (HFMD), serta wabak jangkitan saluran pernafasan di negeri Johor meningkat.
Johor catat 1,319 kes ILI dan URTI, peningkatan 2.3 kali ganda
Sebanyak 1,319 kes jangkitan bagi wabak berkenaan direkodkan pada minggu epidemiologi (ME) ke-27, berbanding 574 kes pada tempoh sama tahun lalu.
Kes ILI, URTI, dan HFMD meningkat di Johor - Exco Kesihatan
Sebanyak 952 kes jangkitan saluran pernafasan dilaporkan sehingga minggu epid pada 25/2022, iaitu peningkatan sebanyak 70.9 peratus.
ILI: Pastikan kesihatan anak sebelum hantar ke sekolah
Ibu bapa perlu melakukan pengasingan dan pemantauan ke atas anak-anak mereka sekiranya mempunyai simptom seperti demam, batuk, selesema dan sakit tekak.
Kes jangkitan saluran pernafasan di Johor meningkat 70.9 peratus
Sebanyak 952 kes jangkitan saluran pernafasan dilaporkan di Johor hingga Minggu Epidemiologi (ME) ke-25/2022.
ILI terkawal, ibu bapa tidak perlu bimbang - Khairy
Kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) dalam negara pada masa ini adalah terkawal meskipun terdapat beberapa kluster melibatkan sekolah berasrama dikesan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Kluster ILI dikesan di SBP Ipoh
Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kinta menerima makluman daripada pihak warden asrama bahawa beberapa orang pelajar mengalami gejala batuk.
Tiada kes COVID-19 di Kampung Padang Jambu, Dungun - Pengarah Kesihatan Terengganu
Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata tiada kes COVID-19 dikesan di kampung berkenaan sebagaimana ditularkan.
COVID-19: Kes jangkitan SARI menurun - Dr Noor Hisham
Setakat minggu epid ke-18, sebanyak 9,010 sampel telah diambil melibatkan pesakit kes Influenza (ILI) dan jangkitan SARI.
COVID-19: KKM kesan 207 kes sporadik - Dr Noor Hisham
Ia masing-masing membabit dua kes Influenza-Like Illness (ILI) dan satu kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI).