KUALA LUMPUR: Sejumlah 5,193 pesakit menjalani rawatan serta pemantauan program rehabilitasi menangani gejala Long COVID, atau ancaman komplikasi jangka panjang akibat COVID-19, di seluruh negara melibatkan 31 hospital awam, empat hospital universiti dan enam fasiliti kesihatan swasta setakat 30 Okt lepas.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat dua tempoh bagi Long COVID yang menyaksikan bekas pesakit masih menunjukkan gejala dan komplikasi selepas jangkitan.
"Gejala yang berterusan COVID-19 adalah tanda dan gejala selepas jangkitan COVID-19 dalam tempoh 4 minggu hingga 12 minggu dan Sindrom Pasca COVID-19 adalah tanda dan gejala wujud pada ketika atau selepas jangkitan COVID-19 yang berterusan melepasi 12 minggu yang tidak dapat dijelaskan oleh sebarang diagnosis lain," menurutnya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata pesakit Long COVID juga memerlukan rawatan khusus dan tahap kesihatan mereka berpotensi mengalami implikasi serius.
"Tanpa rawatan yang khusus, keadaan ini akan berterusan dan tempoh masa yang lama diperlukan bagi kembali ke tahap fungsi sepenuhnya. Secara tidak langsung, ia akan menjejaskan kualiti kehidupan individu pasca jangkitan COVID-19.
"Selain itu, Long COVID boleh menyebabkan implikasi serius seperti peningkatan morbiditi, kehilangan upaya, penurunan produktiviti dan hilang sumber pendapatan. Bebanan sosioekonomi bukan sahaja memberi impak kepada pesakit malah turut dirasai oleh ahli keluarga, masyarakat serta negara," katanya.
Dr Noor Hisham berkata antara gejala yang kerap dilaporkan ialah kelesuan, kesukaran bernafas ketika melakukan aktiviti, batuk, kesakitan dan kesukaran tidur nyenyak.
Beliau berkata Perkhidmatan Perubatan Rehabilitasi Kementerian Kesihatan (KKM) juga telah menjalin kerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia, Pusat Rehabilitasi Perkeso Tun Abdul Razak Melaka dan cawangan satelit di Hospital Ara Damansara bagi memperkasa pesakit Long COVID menerusi Program Kembali Bekerja dengan memberikan rawatan rehabilitasi yang komprehesif dan bersifat menyeluruh.
"Selain itu, pembekalan peralatan rehabilitasi yang bersesuaian dan pembayaran faedah Perkeso bagi pencarum yang layak juga akan dijalankan.
"Kolaborasi bersama badan bukan kerajaan seperti Mercy Malaysia dan Care, Share and Circle juga sedang dilakukan bagi mendapatkan sokongan profesional untuk penyediaan bahan pendidikan pesakit meliputi bahasa utama di Malaysia secara bercetak serta elektronik," katanya.
Dr Noor Hisham turut menasihati orang ramai termasuk yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan dan nasihat kesihatan yang sering ditekankan.
"Patuhlah kepada prosedur operasi standard sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekali gus membina imuniti kelompok," katanya.
Beliau berkata KKM akan terus memantau perkembangan insiden jangkitan dalam negara di samping memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 10 2021
Jelas Dr Noor Hisham, pesakit Long COVID juga memerlukan rawatan khusus dan tahap kesihatan mereka berpotensi mengalami implikasi serius. - Foto BERNAMA
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberikan ruangan untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan pengiklanan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.
Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ
IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.
Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah dilantik sebagai Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) yang baharu, berkuat kuasa 1 Dis lepas.
Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba
Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.
Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Okt lepas.
Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Pada setiap hari Isnin, Dr Noor Hisham akan melakukan pembedahan, sementara pada hari Selasa pula memberikan konsultansi di klinik.
Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila
Mesyuarat akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai liputan kesihatan sejagat termasuk pembelajaran daripada impak COVID-19.
Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.
Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.
Dr Muhammad Radzi Ketua Pengarah Kesihatan baharu
Dr Muhammad Radzi menggantikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang bersara baru-baru ini.