awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

581 individu ditahan tidak patuh SOP - Ismail Sabri

Astro Awani
Astro Awani
28/05/2021
12:13 MYT
581 individu ditahan tidak patuh SOP - Ismail Sabri
Daripada jumlah itu, seramai 574 individu dikompaun, enam direman manakala seorang dijamin. - Gambar fail/ BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 581 individu ditahan pada Khamis atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu, seramai 574 individu dikompaun, enam direman manakala seorang dijamin.
"Tidak memakai pelitup muka merekodkan kesalahan tertinggi iaitu 191 individu, gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis (119) dan tiada penjarakan fizikal (8).
"Kesalahan rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran 67 individu, diikuti tidak patuh arahan kawalan pergerakan (53) dan lain-lain kesalahan (62)," katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas berkenaan Operasi Benteng, Ismail Sabri berkata pihak berkuasa telah menangkap 13 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas empat buah kenderaan darat, semalam.
"Dalam operasi itu juga, sebanyak 164 buah bot atau kapal turut dikesan di perairan negara melalui enam aktiviti penglihatan," ujarnya.
Dalam pada itu, Ismail Sabri turut memaklumkan seramai 123 warga asing telah menjalani ujian saringan semalam dan tiada kes positif COVID-19 dilaporkan.
Topic Berkaitan
#pelitup muka
#COVID-19
#ismail sabri yaakob
#SOP
#ujian saringan
#rentas negeri
#kes positif
#warga asing
#pati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan